Selasa, 14 Jun 2016

Jus Jeruk Palsu Semakin Banyak Di Jual?

HATI-HATI!! TOLONG SAMPAIKAN PADA KELUARGA DAN SAHABAT ANDA..!! "SEMAKIN BERLELUASA DALAM BULAN RAMADHAN INI, BEGINI PENJELASANNYA....!!

Hati-hati semua!!, Jus Jeruk Palsu semakin byk dijual, tetapi akhirnya dihebohkan dengan terbongkarnya bahan-bahan kandungan seperti syampu palsu, pihak polis
di Saraburi Thailand kembali membongkar pengedaran jus jeruk palsu...dan ini juga mungkin ada dijual di Malaysia.

Laporan daripada Bangkok Coconuts, perbuatan itu dilakukan oleh
pasangan dari Vietnam yang dapat mengolah jus palsu dengan mencampurkan air, pewarna orange, serta saccarin (pemanis buatan yang manisnya 300 kali lipat dari gula).

Sabtu, 28 Mei 2016

Kes Bak Kut Teh Ramadan: Vivian Di Penjara Enam Bulan

KUALA LUMPUR: Bekas teman wanita penulis blog seks kontroversial, Alvin Tan Jye Yee telah dikenakan hukuman penjara enam bulan kerana memuatnaik posting bak kut teh Ramadan menerusi laman Facebook.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abdul Rashid Daud mem
bacakan keputusan penghakiman selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes terhadap Vivian Lee May Ling, 27.
Hukuman itu bermula Jumaat.
Bagaimanapun, Abdul Rashid membenarkan permohonan peguam bela untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara kepada lima bulan dan 22 hari selepas mengambil kira tempoh reman lapan hari May Ling sebelum ini.
Hakim juga memutuskan jaminan dinaikan daripada RM10,000 kepada RM20,000.

Ahad, 17 April 2016

Penganjur 'Blackout 505' didenda RM5,000

KUALA TERENGGANU - Presiden Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia, Othman Ismail, 58, dikenakan denda RM5,000 oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam, kerana gagal menyerahkan notis 10 hari sebelum penganjuran perhimpunan ‘Blackout 505’, tiga tahun lalu.

Othman yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Dun Batu Burok, di sini, turut berdepan hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas dia sebagai penganjur perhimpunan tersebut didapati bersalah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 9 (5) akta sama.

Selasa, 29 Mac 2016

Produk daging babi guna logo halal

SEPANG – Sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di sebuah negeri di Pantai Timur dikesan menyalahgunakan logo Halal Malaysia pada bungkusan produk daging babi untuk tujuan eksport.
Lebih mengecewakan apabila nama produk tersebut ditulis dalam bahasa Mandarin dan Thailand bermaksud ‘daging babi salai pedas Melayu’.

Isnin, 22 Februari 2016

KUCING PELARIAN IRAQ BERTEMU TUAN SETELAH RIBUAN BATU TERPISAH

Setelah empat bulan terpisah kira-kira 2,500 batu, kucing pelarian Iraq akhirnya bertemu keluarga tuannya di Berlin, Jerman. — Gambar Facebook/Reunite Dias
LONDON — Seekor kucing bertemu semula dengan tuannya, keluarga pelarian Iraq, selepas terpisah beribu-ribu batu semasa mereka menaiki bot dari Turki ke Greece.
Kumpulan sukarelawan cuba mencari kucing itu, yang mereka panggil “Dias,” selepas ia panik dan melarikan diri semasa tuannya tiba di pantai Lesbos, laluan utama pelarian ke Eropah.
Mereka menangguhkan perjalanan selama beberapa hari di Greece untuk mencarinya sebelum meneruskan perjalanan ke Berlin, Jerman, lapor Daily Mirror kelmarin.

Jumaat, 19 Februari 2016

22 Alasan Bercerai Yang Paling Merepek Di Selangor

Kita biasa dengar kes-kes perceraian yang remeh temeh di luar negara. Tetapi di dalam negara kita sendiri juga ada, dan senarai alasan remeh untuk bercerai ini didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah  Selangor.

1.     Punggung isteri menggerutu.
2.   Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
3.   Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk           baju, seluar dan aksesori.
4.   Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu         suami menghabiskan masa berborak di surau.
5.   Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
6.   Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
7.   Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
8.   Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan         seks dengan pasangan terdahulu.
9.   Berbeza fahaman politik.
10.      Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
11.       Gaji suami lebih rendah.
12.       Isteri lambat menyediakan makanan.
13.       Pasangan bangun tidur lewat.
14.        Suami bekerja tidak tentu masa.
15.        Anak demam dan tidak sihat.
16.        Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
17.         Pasangan terlalu cerewet.
18.         Pasangan tidur berdengkur.
19.         Pasangan gemar membeli-belah.
20.          Suami tangkai jering (kedekut).
21.          Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh         baju. 
22.         Berebut rancangan televisyen.

Anda mungkin merasakan perkara ini melucukan tetapi inilah realiti. Adakalanya mereka memberikan alasan yang tidak munasabah untuk bercerai. - THEHYPEMEDIA.COM


Khamis, 18 Februari 2016

Warga Myanmar Ajak "JOM MAIN" Dengan Suri Rumah

Gambar Hiasan Saja
Tindakan lelaki Myanmar mengajak seorang suri rumah untuk melakukan hubungan seks akhirnya dibalas dengan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Rofik Monu, 23, selepas dia mengaku bersalah menghina kesopanan T. Nanthini, 22, dengan mengeluarkan kata-kata "jom main" dengan niat untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April lepas.

Tertuduh, Muhamad Rofik didakwa melakukan kesalahan itu di Blok D Pangsapuri Ketumbar, Jalan Ketumbar Off Jalan Cheras Lama, Cheras, di ibunegara pada pukul 10 malam, 28 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...