Jumaat, 26 Disember 2014

Jumlah mangsa banjir Johor naik mendadak


KUALA LUMPUR, 26 Disember: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat secara mendadak kepada 501 orang, pada jam 4 petang tadi, berbanding 214 mangsa yang dilaporkan tengah hari tadi.

Daerah terjejas adalah Johor Bahru, Simpang Renggam, Muar, Kulai Jaya dan Segamat membabitkan 122 keluarga yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Terengganu setakat ini mencatatkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 33,269 orang membabitkan 8,215 keluarga yang ditempatkan di 95 pusat pemindahan.

Selasa, 23 Disember 2014

Banjir dikhuatiri lebih besar melanda tiga negeri di Pantai Timur


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Banjir yang lebih besar dikhuatiri melanda Kelantan ekoran hujan lebat yang berte­rusan sementara faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu meningkat semula apabila beberapa kawasan kembali dinaiki air.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang menyusut kepada 4,287 di 44 pusat pemindahan malam tadi, kembali meningkat kepada 6,648 melibatkan 1,800 keluarga dipindahkan ke 67 pusat pemindahan beroperasi di seluruh negeri malam ini.


Keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan berterusan kadangkala lebat menyebabkan kawasan yang hampir pulih kembali dilanda banjir manakala terdapat kejadian rumah dan bangunan rosak akibat angin kencang termasuk dihempap pokok. Pasar Besar Kedai Payang turut dilanda banjir berikutan air pasang besar dan paras air belum surut sehingga pukul 11 malam ini.

Isnin, 22 Disember 2014

Amaran kenaikan air sungai di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 22 Disember: Bahagian Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu hari ini mengeluarkan amaran kenaikan air sungai bermula pukul 7.00 malam ini di sekitar Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah, setakat pukul enam petang, rekod data taburan hujan menunjukkan bacaan yang sangat lebat di tiga daerah tersebut, terutama di bahagian pedalaman.

“Terdapat enam stesen data hujan yang mencatat bacaan sangat lebat melebihi 80 milimeter iaitu Pasir Raja (188 mm) dan Kuala Jengai di Dungun (162 mm); Kuala Ping (118 mm) dan Kampung Sekayu di Hulu Terengganu (84 mm); Hulu Angga di Besut (87 mm).

Ahad, 21 Disember 2014

Peralatan sekolah makin mahal: Peniaga ambil kesempatan


PEMANTAUAN AGENSI PENGUATKUASA berkaitan perlu PEKA dan berterusan dan tak payah lah setiap kali berita heboh diperkatakan di media sosial, baru nak ambil tindakan.

KUALA LUMPUR: Menjelang musim persekolahan nak bermula, ibu bapa paling sibuk membeli-belah kelengkapan sekolah bagi anak-anak. Namun, mereka merungut kerana harga barangan naik mendadak dan peniaga pula bagaikan mengambil kesempatan.

Tinjauan wartawan BH di beberapa pusat beli-belah termasuk di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara selain temubual dengan ibu bapa mendapati harga barangan kelengkapan sekolah meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus sekarang berbanding tahun lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...