Sabtu, 2 April 2011

Isu Letak Jawatan Selesai, Misbun Mahu Kembali Kepada BAM

PETALING JAYA, 1 April (Bernama) -- Isu perletakan jawatan jurulatih badminton Datuk Misbun Sidek berakhir Jumaat apabila beliau menarik balik surat perletakan jawatannya bertarikh 31 Disember lepas dan bersetuju untuk berkhidmat semula dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden BAM Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh berkata perkara itu dimaklumkan Misbun menerusi surat yang dihantar ke rumahnya tiga atau empat hari lepas.

Beliau berkata BAM akan menawarkan kontrak baru kepada Misbun dengan terma-terma tertentu, dan menurutnya pada dasarnya semua perkara itu sudah pun dibincang dengan Misbun.

"Dalam kontrak itu nanti BAM akan putuskan sama ada Misbun akan melatih Chong Wei semula dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis BAM di sebuah hotel di sini.

Jumaat, 1 April 2011

Interlok: Putrajaya tidak akan tunduk desakan baru, kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Tindakan pihak tertentu, termasuk pertubuhan komuniti Cina semalam, yang terus membangkitkan isu novel kontroversial Interlok sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Sehubungan itu Muhyiddin menegaskan, isu tersebut tidak harus dibangkitkan kerana sudah selesai.
Malah kata beliau, kerajaan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak berhubung isu itu kerana keputusan muktamad telah pun dicapai.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sudah pun mengumumkan formula penyelesaian di Parlimen minggu lalu.
“Jadi kita akan pegang pada itu,” kata beliau di Pagoh, Johor hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak akan berkompromi kerana ia melibatkan keselamatan negara.

Khamis, 31 Mac 2011

Hampir 1,000 Kanak-kanak Asia Lemas Setiap Hari

KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan The Alliance for Safe Children (TASC) dan United Nations Children's Fund (Unicef) mendapati lebih 350,000 kanak-kanak dianggarkan mati lemas di Asia setiap tahun.
Angka ini diterjemahkan kepada hampir 1,000 kanak-kanak mati lemas dalam sehari. Kejadian lemas dikenalpasti sebagai punca utama kematian kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun di banyak negara Asia.
Menurut laporan Badan Kesihatan Dunia (WHO) dan Unicef, kes lemas yang tidak membawa kepada kematian memberikan impak terhadap ekonomi serta kesihatan disebabkan kerosakan otak yang berlaku bagi mangsa yang selamat daripada lemas.

Rabu, 30 Mac 2011

Pengikut Twitter Lady Gaga Cecah 9 Juta

LONDON: Bintang pop Lady Gaga menjadi orang pertama yang mempunyai pengikut di laman Twitter sehingga mencecah 9 juta orang.
Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan populariti penyanyi pelik itu telah mengatasi Britney Spears sejak Ogos lalu.
Sebelum itu, kedua-dua bintang tersebut berkongsi kedudukan dengan 5.7 juta pengikut di akaun masing-masing.
Mula membuka akaun Twitter pada 2008, kemaskini status pertama Gaga memaklumkan dia sedang membuat latihan untuk klip video lagu Just Dance ketika itu.
Menyusul di belakang Gaga adalah bintang remaja sensasi Justin Bieber dengan 8.3 juta pengikut.
Sementara itu, lagu single terbaru Gaga iaitu Born This Way menduduki tempat pertama di carta Billboard Hot 100 dan tangga ketiga dalam carta di United Kingdom.

Selasa, 29 Mac 2011

Kelas maya - e-Book, Terengganu Pengubah Landskap Pendidikan


Terengganu terus melakar sejarah dalam bidang pendidikan. Sesudah menjadi peneraju dalam penggunaan komputer riba mini atau e-Book menggantikan buku teks dan pelaburan besar bidang pendidikan diterjemahkan dengan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan awam saban tahun, usaha merintis kemajuan pendidikan tidak terhenti di situ.

Kini, Terengganu menjadi pelopor pelaksanaan kelas maya, iaitu kesinambungan daripada penggunaan e-Book.

Isnin, 28 Mac 2011

JANGAN BIARKAN PATI BERTAPAK DI NEGERI TERENGGANU

KUALA BESUT - Taktik pendatang asing tanpa izin (Pati) menyorok di atas siling rumah, celah cerucuk besi dan atas pokok untuk mengelak ditahan pihak berkuasa tidak berjaya apabila 37 orang ditahan dalam operasi di dua lokasi berasingan di Besut, kelmarin. 


Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen negeri, Mohd Shahril Khalil berkata, operasi sehari membabitkan 25 anggota Imigresen dibantu 15 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di lokasi pertama di sebuah tapak projek rumah pangsa di sini, berjaya menangkap beberapa Pati menyorok di celah cerucuk besi dan atas siling bangunan. 


Ahad, 27 Mac 2011

Tabung Penyakit Kronik – rakyat dapat faedah

Kes 1:

Kanak-kanak berusia lapan tahun, Ayub Mansor dari Kampung Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu, sepatutnya berada di sekolah pada setiap hari persekolahan. Bagaimanapun, disebabkan dia menghidap penyakit jantung yang kronik, kanak-kanak malang itu terpaksa menghabiskan banyak masa di atas katil.

Keluarga Ayub sedih apabila melihat dia tidak dapat bermain dengan kanak-kanak sebaya dan terpaksa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan.

Kunjungan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, ke rumah keluarga Ayub kira-kira dua tahun lalu, telah merubah segala-galanya. Menteri Besar meminta Ayub dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan dan semua kos ditanggung oleh kerajaan negeri.

Selepas menjalani pembedahan dan rawatan, kini Ayub bukan saja boleh ke sekolah pada setiap hari, tetapi dia juga mampu mengayuh basikal keliling kampung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...