Sabtu, 9 Ogos 2014

Persengketaan politik antara sesama ahli hanya akan merugikan parti, betul ke ???


BUKIT BESI – Semua ahli Umno diharap dapat melupakan sengketa politik dan menjadikan parti itu sebagai platform utama untuk memastikan kaum Melayu terus mendapat mandat sebagai kerajaan yang memerintah.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun, Roslee Daud berkata, persengketaan politik antara sesama ahli hanya akan merugikan parti dan juga orang Melayu.

Katanya, sebagai insan yang serba kekurangan, semua orang melakukan kesilapan, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menjatuhkan pihak lain atas kesilapan dilakukan.

Jumaat, 8 Ogos 2014

JABATAN IMIGERESEN MEMALUKAN IMEJ SENDIRI ???


Jabatan Imigresen Tangguh Kemudahan Perbaharui Pasport Dalam Talian

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen menangguhkan sementara kemudahan memperbaharui pasport Malaysia secara dalam talian bagi mengkaji semula keberkesananan dan penambahbaikan perkhidmatan itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi, berkata langkah itu berikutan kebimbangan pasport negara akan disalah guna pemilik dengan menjual dokumen itu menerusi urusniaga dalam talian.

Khamis, 7 Ogos 2014

#TTB: MB minta MBKT kemuka laporan

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN"

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman akan meminta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengemukakan laporan berhubung kegagalan PBT mengutip sampah sehingga mengotorkan keadaan setempat semasa sambutan Aidilfitri lalu.

Menurutnya, longgokan sampah kelihatan ketara di daerah Kuala Terengganu dan imej sebagai ibu negeri yang menjadi tumpuan orang luar sudah tentu terjejas dengan tindakan membiarkan sampah terutama pada hari raya.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini pihaknya belum lagi memanggil wakil daripada MBKT untuk mengetahui punca sebenar sampah tidak dikutip walaupun telah memaklumkan perkara itu sejak awal kepada PBT.

Rabu, 6 Ogos 2014

#TTB: TIKUS BERUMAHTANGGA DI HSNZ KUALA TERENGGANU ???


KUALA TERENGGANU - Kehadiran tikus yang berkeliaran di dalam wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.




Gambar dan video berkenaan yang tersebar di laman sosial memberi imej negatif terhadap hospital utama di negeri ini kerana dilihat tidak sepatutnya berlaku.

JKM UMPAMA PAKU dengan PENUKUL ???


JKM: Tiada istilah anak tiada dokumen

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menegaskan pihaknya bertanggungjawab mendokumenkan setiap kanak-kanak yang ditemui tanpa mengira warganegara.

Namun, Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM, Afran Sulaiman berkata, kebanyakan kanak-kanak yang ditemui tanpa dokumen diklasifikasikan sebagai ‘anak tanpa dokumen’.

“JKM bertanggungjawab membantu anak ini untuk mendokumenkan dia. Kalau dia tak ada surat beranak, kita uruskan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Selasa, 5 Ogos 2014

DATUK AHMAD RAZIF SEDIA BERSEMUKA MAT REMPIT !!!

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sedia bersemuka dengan mat rempit bagi menyelesaikan masalah sosial itu yang tidak berkesudahan sehingga kini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan wakil mat rempit bagi mendengar cadangan-cadangan pihak terlibat dalam mengatasi isu yang membimbangkan dan mencalar imej Terengganu Darul Iman.

Ahmad Razif berkata, pihaknya turut menerima kertas cadangan daripada mat rempit dalam membincangkan permasalahan rempit di negeri ini.

Isnin, 4 Ogos 2014

RUMAH MB TERENGGANU DISERBU !!!


KUALA NERUS – Lebih 10,000 tetamu membanjiri Dataran Permata di Kampung Baru Seberang Takir, di sini, bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Sambutan Aidilfitri tahun ini juga lebih bermakna apabila beliau menyambutnya sebagai pemimpin utama negeri.

Dataran Permata merupakan lokasi tetap setiap tahun sejak Ahmad Razif mula menyandang jawatan Adun Seberang Takir sejak 2008, bagaimanapun sambutan yang diterima tahun ini lebih meriah dan ramai berbanding tahun sebelumnya.

Dengan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negeri juga secara tidak langsung membuatkan majlis yang berlangsung berdekatan dengan kediaman keluarganya itu menjadi tumpuan masyarakat dari seluruh daerah yang mengambil peluang untuk bertemu mata dengan beliau.

Ahad, 3 Ogos 2014

TRANFORMASI TERENGGANU BARU (TTB) atau TERENGGANU TerBersih ??


BAK KATA PEPATAH BAGAIKAN MENCURAH AIR DIDAUN KELADI !!!

Bagai nak rak Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memperkenalkan dasar Tranformasi Terengganu Baru (TTB) atau Terengganu TerBersih sila tonton video bersebelahan. KLIK SINI

Nak sedap cerita dengan keprihatinan Datuk Ahmad Razif sendiri turun padang melihat serta merakamkan gambar dibeberapa kawasan tempat pembuangan sampah disekitar Kuala Terengganu. Sungguh menjijikkan dan kekecewaan terbayang dimuka beliau kerana apa yang telah diarahkan kepada MBKT tidak diperdulikan langsung.

Pada hari ini pula rakaman gambar telah dibuat dibeberapa kawasan secara rambang mendapati apa yang telah dipersoalkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif tidak diperdulikan langsung oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.



Dah masuk hari ke enam, masih berhari raya lagi agaknya. Pengunjung ataupun anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya begitu terperanjat dengan keadaan sampah sarap yang yang menjijikkan tidak diangkut oleh pihak MBKT atau Majlis Daerah Tempatan, apa tah lagi pelancung.




Kalau begitu caranya pendekatan yang dibuat oleh mereka ini diatas arahan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif walaupun telah diberi amaran keras selain disiarkan secara langsung di TV 1 dan akhbar-akhbar tempatan pun tidak diambil peduli atau "NGANJIN" hamba pun tak tau lah...... !!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...