Sabtu, 16 Ogos 2014

PAS PERLU GUGURKAN KEAHLIAN MAT TAIB ULAR KEPALA DUA ???


BUKAN NAK BANTU, KUTUK LAGI, SIKAP YANG PERLU DIPUJI ???

Ahli Pas seumur hidup Muhammad Muhd Taib mengutuk tindakan PAS yang disifatkan sangat lembab dalam membuat keputusan dalam isu menteri besar Selangor.

Mat Taib yang pernah ditangkap dengan Wang Tunai RM2Juta di Australia juga menyifatkan Pas diibaratkan sangat lembab, kenduri pun dah selesai dan pengantin pun sudah masuk bilik.

Mat Taib yang pernah memegang jawatan menteri besar Selangor hasil sokongan seluruh ahli umno mengecam tindakan Pas yang mahu tunggu sehingga 17 Ogos baru nak buat keputusan.

"Apa jenis parti ni", kata mat Taib


"Saya fikir mereka lambat dan sudah ketinggalan. Sudah ada 30 yang menyokong," katanya  
Mat Taib yang kini hidup dengan kekayaan yang diperolehi dalam umno..

Jumaat, 15 Ogos 2014

PENTERNAK LEMBU LIAR PERLU DIAMBIL TINDAKAN TEGAS


TINDAKAN PERLU DILAKUKAN PERLU DILAKSANAKAN OLEH PBT  KLIK

KEMAMAN – “Makcik tengok cucu tak mahu berenggang dengan arwah, tapi tak terlintas di fikiran yang arwah akan habis umur (meninggal dunia),” kata ibu kepada seorang mekanik, Mohd Nurul Hafizul Mohd, 30, yang terbunuh selepas motosikal ditungganginya terlanggar lembu, malam kelmarin.

Nahas berlaku kira-kira jam 8 malam di Kilometer 131.9 Jalan Lama Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Titian Berayun, Kijal, semasa mangsa dalam perjalanan pulang dari rumah orang tuanya di Rumah Murah Pantai Penunjuk, Kijal ke rumah mentua di Kampung Gong Chengal, Kemasik.

Mangsa yang bakal menyambut kelahiran anak ketiga, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala selepas tercampak sejauh kira-kira 10 meter sejurus terlanggar seekor lembu yang melintas jalan.


Akibat kemalangan itu, motosikal Honda EX5 dinaikinya rosak dan lembu terbabit pula mati di tengah jalan.

Khamis, 14 Ogos 2014

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA UNTUK TEMPOH 72 JAM YANG AKAN DATANG


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Kedah, P.pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Sarawak (Miri, Bintulu dan Mukah) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga tengahari, Khamis, 14 Ogos 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Bunguran, Reef South, Reef North, WP Labuan dan Sulu dijangka berterusan sehingga tengahari, Khamis, 14 Ogos 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


Rabu, 13 Ogos 2014

PELAJAR TERLIBAT GEJALA REMPIT SEMAKIN MERUNCING ??


KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kerajaan negeri bagi mengatasi masalah 'Mat Rempit' di negeri ini.

Pengarah JPNT Zakaria Hussin berkata langkah ini bagi mengelak pelajar terbabit dalam gejala sosial itu yang dilihat semakin meruncing di Terengganu.

"Kita memang sedia bekerjasama dengan PDRM bagi mengatasi masalah ini dan pihak jabatan telah mengeluarkan notis peringatan pada bulan lalu kepada semua sekolah di Terengganu untuk memastikan pelajar tidak terlibat dalam gejala sosial ini.

Selasa, 12 Ogos 2014

#Jenayah Kekerasan: Pelajar tingkatan dua dirogol beramai-ramai


KUALA TERENGGANU - Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk ‘teman lelakinya’ dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.

Isnin, 11 Ogos 2014

Kanak-kanak tercekik besi makan aiskrim DAIRY MILK CARAMEL


LONDON 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan di Britain mengalami detik-detik menakutkan apabila tergigit dan tercekik besi tajam yang terdapat dalam aiskrim yang dinikmatinya.

Aurora yang berusia empat tahun, menikmati aiskrim tersebut bersama adiknya, Tobias, 2, selepas ibu mereka, Cherish Allen, 22, membeli empat bungkus aiskrim jenis Dairy Milk Caramel dari sebuah kedai runcit berdekatan rumah mereka di Bell Green, Coventry.

Portal berita Mail Online yang memetik kenyataan Allen melaporkan, Aurora secara tiba-tiba menjerit kesakitan ketika sedang makan aiskrim itu akibat tercekik sesuatu benda yang keras.

Ahad, 10 Ogos 2014

Isu MB: Rakyat Selangor tersepit


Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor menyebabkan masalah yang dihadapi rakyat negeri itu terpinggir.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berikutan kelewatan kerajaan negeri menyelesaikan beberapa isu yang membebankan termasuk bekalan air dan jerebu.

“Sekarang rakyat Selangor khususnya kawasan Bandar Puteri. Kawasan ini mengalami masalah pembakaran terbuka dan menyebabkan jerebu dan paling merisaukan kerana kita juga bakal mengalami masalah bekalan air yang mencukupi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...