Rabu, 30 Disember 2015

Kejadian Letupan Dan Kebakaran Melibatkan Peranti "HOVERBOARD"

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pelik tapi benar, laman membeli-belah atas talian, Amazon menggesa pelanggan yang membeli hoverboard melalui mereka supaya membuang peranti tersebut.

Menurut laporan Digital Trends, Amazon memaklumkan perkara tersebut kepada pelanggan-pelanggan mereka melalui emel susulan kejadian letupan dan kebakaran melibatkan peranti tersebut.

"Kami berharap anda faham bahawa keselamatan dan kepuasan anda sebagai pelanggan Amazon terjamin," kata Amazon di dalam emel.

"Pelanggan yang membeli hoverboard yang didatangkan dengan soket yang tidak mengikut piawaian United Kingdom perlu berikan peranti tersebut ke pusat kitar semula dan akan dipulangkan wang dalam tempoh tiga hari," jelas Amazon.

Awal bulan ini, United Kingdom Trading Standards merampas 15,000 hoverboard selepas tiga kes kebakaran yang dilaporkan berlaku dalam tempoh 10 hari didapati berpunca dari peranti tersebut.

Beberapa syarikat penerbangan melarang Hoverboard daripada disimpan di dalam bagasi kerana dikhuatiri mampu meletup.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...