Sabtu, 7 Mei 2011

Tender pembangunan Pulau Bebas Cukai keluar minggu depan


Kerajaan negeri akan mengeluarkan tender dan sebut harga bagi lima pakej pembangunan Pulau Bebas Cukai, di Tasik Kenyir Hulu Terengganu, bermula minggu depan.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi merealisasikan sebuah kawasan bebas cukai yang serba lengkap, pihak berkaitan sedang giat melaksanakan pembangunan prasarana termasuk Kompleks Bebas Cukai dan Kompleks Kastam yang dirancang dibina di Pulau Bayas, selain mewujudkan rangkaian gedung yang akan menjual barangan berkualiti berkonsepkan Factory Outlet.

Khamis, 5 Mei 2011

Zul Noordin Akui Kes Saiful Meragukan PKR


AIDCNews – 04/05/11 – Bekas peguam bela kes liwat I, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kes liwat ke-II yang dihadapinya telah mula meragukan ahli-ahli PKR terhadap Ketua Umum parti itu.
“Jadi bila berlaku kes Saiful timbul keraguan..timbul keraguan..orang dah mula tanya..kawan-kawan kita (dalam PKR) dah mula bincang.
“Ish..macam mana ni dia (Anwar) buat macam ni..pas tu dok delay-delay kes la..patutnya lawan lah..Lepas tu pergi ambil Karpal Singh pasal apa ?”, kata YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu.

Selasa, 3 Mei 2011

Azizulhasni, Fatehah unggul pertahan olahragawan dan olahragawati Terengganu


Pengiktirafan daripada negeri kelahiran suatu yang cukup bermakna dan meninggalkan kesan lebih manis buat pelumba keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang apabila dia dinobatkan sebagai Olahragawan Terengganu buat kali kedua berturut-turut sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2009/2010, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam semalam.

Isnin, 2 Mei 2011

Chong Wei ungguli Terbuka India

PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-12, 12-21, 21-15 pada perlawa- nan akhir di New Delhi semalam.
Bagaimanapun, Chong Wei, 28, yang belum pernah meraih sebarang gelaran di India memerlukan masa satu jam, dua minit untuk menjinakkan lawannya itu.
Ini merupakan gelaran keempat Chong Wei tahun ini se- lepas menjuarai Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia dan Seluruh England.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...