Sabtu, 23 Ogos 2014

PERGADUHAN MENGGUNAKAN PEDANG SAMURAI ???

Gambar hiasan

SETIU - Tiga lelaki termasuk dua beradik cedera parah dalam satu pergaduhan bersenjatakan pedang samurai dalam kejadian di Kampung Che Long dekat Hulu Seladang, Bandar Permaisuri, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 pagi selepas pasangan adik beradik berusia 24 dan 26 tahun, dikatakan pergi ke rumah datuk rakan mereka, seorang lelaki berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, mereka pergi untuk berbincang tentang suatu perkara yang berjalan dengan baik pada peringkat awalnya, sebelum bertukar serius hingga membawa kepada pergaduhan.

Difahamkan, dalam pergaduhan itu, ketiga-tiga mereka saling menyerang dipercayai menggunakan senjata tajam iaitu sebilah pedang samurai menyebabkan kesemuanya cedera.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Semangat Kemerdekaan termasuk di RUSILA ?


Tetapi sebaliknya di Masjid Rusila bendera GAZA yang diagungkan ??

Marang - Seorang peniaga di pasar lama Kedai Buluh di sini, Maimun Sulaiman, 46, kesal tindakan beberapa pemilik premis perniagaan tumpuan ramai di situ yang membiarkan Jalur Gemilang koyak tidak berganti.

Malah ada juga premis yang masih lagi belum mengibarkan Jalur Gemilang.

Satu bendera pun sudah cukup, tetapi macam tidak ada di sini. Saya harap dalam beberapa hari lagi keadaan berubah. Tak kisahlah kalau terpaksa berbelanja untuk bendera kerana yang penting negara kita sudah merdeka,” katanya.

Khamis, 21 Ogos 2014

Wabak denggi di Terengganu membimbangkan


KUALA TERENGGANU - Wabak denggi di Terengganu kini semakin meningkat dan membimbangkan dengan tujuh lokaliti dikenal pasti sebagai berwabak, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Anwa Sulaiman.
    
Beliau berkata peningkatan mendadak wabak denggi berlaku hampir di semua daerah terutamanya di Kuala Terengganu, Besut, Dungun, Marang dan Hulu Terengganu.
    
Kawasan berwabak setakat ini, ialah tiga di Kuala Terengganu, tiga di Besut dan satu di Dungun, katanya selepas majlis sambutan pelancaran pengibaran Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan peringkat Jabatan Kesihatan negeri di sini hari ini.

Rabu, 20 Ogos 2014

APMM PERLU LEBIH EFEKTIF DALAM MENJALANKAN TUGAS !!!


NELAYAN PUKAT TUNDA PERLU DIAMBIL TINDAKAN TEGAS JIKA MELANGGARI SYARAT2 PERLU OLEH APMM.

RASANYA PERKARA INI TELAH BERULANG-ULANG KALI DIPERSOALKAN. SEKALI KELUAR KENYATAAN, BARU NAK BERTINDAK.

KELENGKAPAN SEMUANYA MODEN BELAKA, ATAU PEGAWAI ANGGOTA TIDAK MENCUKUPI ? INI TIDAK MENJADI ALASAN.


KUALA TERENGGANU - Statistik Jabatan Perikanan mendapati purata 180,000 tan metrik ikan baja atau anak ikan ditangkap dalam masa setahun oleh nelayan yang menggunakan pukat tunda.

Selasa, 19 Ogos 2014

Pencuri biadab kencing al-Quran


BESUT -  Seorang pencuri dikatakan bertindak biadab apabila bukan sahaja melarikan barang berharga di rumah mangsanya tetapi dipercayai turut kencing pada senaskhah al-Quran di dalam rumah mangsa dalam kejadian di Kampung Renek, dekat Jabi, kelmarin.

Mangsa, Che Ahmad Che Will, 52, berkata, dia menyedari rumahnya dipecah masuk apabila pulang dari Kuala Lumpur bersama isteri dan seorang anaknya kira-kira jam 7 petang kelmarin.

Isnin, 18 Ogos 2014

KHALID TERIMA HATI TERBUKA PERKENAN SULTAN BUBAR DUN !!!


Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.
Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.
Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.
Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
17 OGOS 2014

Ahad, 17 Ogos 2014

INILAH PADAHNYA BERKENALAN SEAWAL USIA ?

Bimbang gambar bogel tersebar

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.

Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...