Sabtu, 11 Jun 2011

Hina & Ugut Bunuh Agong - Polis Terengganu Minta Kerjasama MCMC


(Ekslusif) Polis Terenganu sedang mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi mengesan individu atau pihak yang menggendalikan sebuah laman sosial digunakan oleh seseorang memfitnah dan mengancam membunuh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Laman berkenaan pada Rabu, 25 Mei 2011 bukan sahaja memuatkan tulisan menghina yang mengugut Yang di-Pertuan Agong tetapi juga menconteng gambar Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Jumaat, 10 Jun 2011

Menjelang Piala FA Malaysia 2011- 11 Jun 2011


Tiket berharga RM30, RM50 dan RM5 untuk kanak-kanak akan mula dijual pada Isnin, 6hb Jun 2011 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu dan juga di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Tiket yang dicetak sebanyak 85 ribu keping itu akan diperuntukkan sejumlah 30 ribu tiket untuk setiap pasukan dan selebihnya akan dijual di Stadium Bukit Jalil mulai Jumaat, 10hb Jun 2011. Sekiranya tiket masih ada, ia akan dijual pada hari Sabtu, 11 Jun 2011.

Para peminat boleh memasuki perkarangan Stadium seawal jam 4 petang.

Selasa, 7 Jun 2011

Pemain Terengganu Memalukan - Penyu Rebah 3-0 di Gelanggang Sendiri, T-Team Tersungkur 4-0 di Paroi

View Image
Padang bola yang perlu digunakan oleh Pemain Terengganu dalam latihan salepas
kekalahan yang memalukan itu.

Pertembungan dua pendahulu liga antara Kelantan dan Terengganu menyaksikan Skuad Red Warriors kembali merampas kedudukan teratas Liga Super setelah menang selesa ke atas Skuad Penyu dengan keputusan 3-0 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Berbaki dua lagi perlawanan, skuad bimbingan M.Karathu kini mengutip 50 mata bersama Terengganu namun mempunyai kelebihan dari sudut jaringan.

Isnin, 6 Jun 2011

Kawalan Ketat Pertembungan Kelantan-Terengganu



Polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu ketika berlangsung perlawanan sengit menentukan juara Liga Super antara Terengganu dan Kelantan, esok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...