Ahad, 17 April 2016

Penganjur 'Blackout 505' didenda RM5,000

KUALA TERENGGANU - Presiden Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia, Othman Ismail, 58, dikenakan denda RM5,000 oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam, kerana gagal menyerahkan notis 10 hari sebelum penganjuran perhimpunan ‘Blackout 505’, tiga tahun lalu.

Othman yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Dun Batu Burok, di sini, turut berdepan hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas dia sebagai penganjur perhimpunan tersebut didapati bersalah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 9 (5) akta sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...