Ahad, 8 September 2013

Umat Islam Mula Membanjiri Madinah.



MADINAH, 8 Sept (Bernama) -- Ratusan ribu umat Islam kini mula membanjiri kota Madinah sebagai tempat persinggahan awal sebelum ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah musim ini.

Jemaah yang tiba awal itu adalah mereka yang mengerjakan Haji Tamattuk iaitu menunaikan umrah terlebih dahulu dalam musim haji sebelum mengerjakan ibadah haji pada bulan hadapan.

Ahad, 23 Jun 2013

PM Umum Darurat Jerebu Di Muar Dan Ledang, Johor



KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor sehingga ke suatu masa ia ditarik balik.

Pengisytiharan itu dibuat berikutan keadaan jerebu khususnya di kawasan Muar meliputi dua daerah itu berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau 'emergency', katanya dalam satu kenyataan.

Ahad, 12 Mei 2013

Senarai Exco dan Portfolio Kerajaan Terengganu 2013

Salam satu Malaysia. Senarai Exco Kerajaan Terengganu telah pun diumumkan. Menteri Besar negeri Terengganu telah mengangkat sumpah untuk jawatan sebagai Menteri Besar negeri Terengganu untuk penggal yang kedua di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah pada hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum kali ke-13 (PRU13) yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri di Terengganu dan masih kekal memerintah negeri Terengganu dengan majoriti mudah.


Senarai Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu

1. YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Said (ADUN Kijal) Menteri Besar Terengganu
- Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan Dan Pelaburan, Tanah, Petroleum Dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
2. YBM Dato’ Hj. Tengku Putera Bin Tengku Awang (ADUN KUALA BERANG)
- Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan
3. YB Dato’ Hj. Mohd. Jidin Shafee (ADUN PERMAISURI)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan
4. YB Dato’ Hj, Razif Bin Abdul Rahman (ADUN SEBERANG TAKIR)
- Pengerusi Jawatankuasa Sains Dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Air
5. YB Hj. Rozi Bin Mamat (ADUN TELEMONG)
- Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia
6. YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar (ADUN KUALA BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
7. YB Ir. Rosli Bin Othman (ADUN KEMASIK)
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan
8. YB Hj. Nawi Bin Mohamad (ADUN HULU BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Dan Perusahaan Perladangan & Komoditi
9. YB A. Latiff Bin Awang (ADUN PENGKALAN BERANGAN)
-Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi Dan Teknologi Maklumat
10. YB Roslee Bin Daud (ADUN BUKIT BESI)
- Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi.
11. YB Ghazali Bin Taib Ajil (ADUN AJIL)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas.

Sumber : Teganu Kita

Ahad, 31 Mac 2013

RANCANGAN BUNUH TUN MAHATHIR : SU AGONG PAS MAHU SIASATAN SEGERA!!

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

Rabu, 27 Mac 2013

Cubaan Bunuh Tun Dr Mahathir Oleh PAS Pada 1984.


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada tahun 1984 pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis PAS yang diwujudkan untuk membunuh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Abdul Rahman yang bertugas sebagai pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama ketika laporan itu disiarkan berkata maklumat bagi penghasilan laporan khas bertarikh 11 Sept 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...