Jumaat, 10 Ogos 2012

Harimau Malaya tumpas 0-2 kepada kelab Hungary dalam aksi persahabatan


KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan tumpas 0-2 kepada kelab Hungary, Gyirmot Gyor FC dalam perlawanan persahabatan di Budapest, Hungary awal pagi tadi.

Pasukan negara yang dikenali sebagai Harimau Malaya kini sedang mengadakan latihan di Vienna, Austria dari 4 hingga 16 Ogos sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki pada November ini.


Kelab Hungary itu yang dibimbing bekas pemain kebangsaan Hungary, J�nos Csank membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi pemain tengah Norbert T�th sebelum penyerang Magasf�ldi J�zsef menyumbat masuk gol kedua pada masa kecederaan (minit ke-92), menurut kelab itu seperti dipetik dalam laman web mereka http://www.gyirmotfc.hu.

Anak buah Datuk K. Rajagobal itu akan menentang sebuah lagi kelab Hungary, TSV Hartberg empat hari lagi sebelum menamatkan Jelajah Eropah berdepan kelab Austria, Szombathely Haladas FC pada 14 Ogos.



Skuad Harimau Malaya yang merupakan juara bertahan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010, telah diundi bersama naib juara edisi lepas, Indonesia dan juara tiga kali, Singapura dalam Kumpulan B.


Rabu, 8 Ogos 2012

Keirin: Azizul mara final, gagal bawa pingat


Azizulhasni
PELUMBA basikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang berjaya mara ke peringkat akhir trek Keirin Individu Lelaki Sukan Olimpik 2012 di London, tetapi gagal membawa sebarang pingat.
Selepas usaha Datuk Lee Chong Wei, dia menghidupkan semula harapan emas negara awal pagi ini.
Bagaimanapun dalam saingan final yang berlangsung kira-kira 1.05 pagi tadi, Azizulhasni hanya menduduki tempat keenam daripada enam peserta peringkat akhir.
Azizulhasni bersaing bersama Shane Perkins (New Zealand), Chris Hoy (Britain), Maximilian Levy (Jerman), Teun Mulder (Belanda) dan Simon van Velthooven (New Zealand) pada jam 12.50 pagi ini (waktu Malaysia).
Pingat emas dimenangi oleh Hoy. Maximilian memperoleh perak manakala Velthooven dan Mulder (gangsa).

Isnin, 6 Ogos 2012

Lee Chong Wei Menang Pingat Perak Olimpik - Tahniah


Set ketiga dimenangi oleh Lin Dan dengan keputusan 21 - 19. Permainan yang sungguh mendebarkan. Chong Wei pernah mendahului 18 - 16 tetapi nasib tidak menyebelahi beliau.

Apa pun, penaklasik ucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei kerana menang pingat perak olimpik.

Ahad, 5 Ogos 2012

Rakyat Malaysia Perlu 'Bersama' Chong Wei - Najib


PEKAN, 4 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu bersama-sama Datuk Lee Chong Wei dalam usaha beliau meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik.

Najib berkata Lee yang layak ke final acara perseorangan badminton selepas menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14 dilihat mempunyai kekuatan mental dan emosi bagi menggenggam emas negara.

Lee akan bertemu musuh tradisinya Lin Dan pada final esok selepas pemain itu menewaskan pemain Korea Selatan Lee Hyun pada satu lagi aksi separuh akhir.

"Rakyat Malaysia akan memberi sokongan dan semangat dan saya katakan pada dia buatlah, menanglah untuk Malaysia, lakukannya untuk Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan zakat pada golongan asnaf bagi Parlimen Pekan di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...