Sabtu, 9 April 2011

Derita bayi jantung di luar badan

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.
Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.
Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Jumaat, 8 April 2011

Guru retak batang hidung ditumbuk pelajar

KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.
Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.

Rabu, 6 April 2011

Siapa Yang Perlu Dipersalahkan ????

SEREMBAN – Seramai 109 daripada 348 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng di sini melarikan diri selepas merusuh dan membakar sebuah blok di pusat tahanan itu malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan berkata, dalam kejadian pada pukul 9.45 malam itu, sebuah daripada empat blok yang menempatkan tahanan lelaki terbakar selepas tahanan didakwa tidak berpuas hati dengan layanan pengurusan di depot tersebut.

Ahad, 3 April 2011

ALHAMDULILLAH! DATO MALEK NOOR SEMAKIN SEMBUH


Alhamdulillah, Malek Noor yang juga Mr Asia satu masa dahulu semakin sembuh sekarang ni. Marilah kita semuakan doakan supaya belaiu sembuh dengan segera! Amin.

Sabtu, 2 April 2011

Isu Letak Jawatan Selesai, Misbun Mahu Kembali Kepada BAM

PETALING JAYA, 1 April (Bernama) -- Isu perletakan jawatan jurulatih badminton Datuk Misbun Sidek berakhir Jumaat apabila beliau menarik balik surat perletakan jawatannya bertarikh 31 Disember lepas dan bersetuju untuk berkhidmat semula dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden BAM Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh berkata perkara itu dimaklumkan Misbun menerusi surat yang dihantar ke rumahnya tiga atau empat hari lepas.

Beliau berkata BAM akan menawarkan kontrak baru kepada Misbun dengan terma-terma tertentu, dan menurutnya pada dasarnya semua perkara itu sudah pun dibincang dengan Misbun.

"Dalam kontrak itu nanti BAM akan putuskan sama ada Misbun akan melatih Chong Wei semula dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis BAM di sebuah hotel di sini.

Jumaat, 1 April 2011

Interlok: Putrajaya tidak akan tunduk desakan baru, kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Tindakan pihak tertentu, termasuk pertubuhan komuniti Cina semalam, yang terus membangkitkan isu novel kontroversial Interlok sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Sehubungan itu Muhyiddin menegaskan, isu tersebut tidak harus dibangkitkan kerana sudah selesai.
Malah kata beliau, kerajaan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak berhubung isu itu kerana keputusan muktamad telah pun dicapai.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sudah pun mengumumkan formula penyelesaian di Parlimen minggu lalu.
“Jadi kita akan pegang pada itu,” kata beliau di Pagoh, Johor hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak akan berkompromi kerana ia melibatkan keselamatan negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...