Isnin, 30 Mei 2011

Terengganu Perlu Bangkit jangan hangat-hangat tahi ayam saja !!!

 
Malam Sabtu lalu, Terengganu kecundang di Kuala Terengganu dan T-Team pula yang berjaya menewaskan Kelantan di Kota Bharu pada perlawanan sebelumnya gagal mengulangi kejayaan di Ipoh apabila kalah kepada Perak 0-2.

Terengganu dan T-Team perlu melupakan perlawanan malam Sabtu lalu.

Terengganu terutamanya perlu bangkit daripada kekalahan 0-1 kepada Kedah malam kelmarin dan menumpukan kepada baki tiga perlawanan selepas ini.

Paling penting ialah menentang Kelantan di Stadium Nasiruddin Shah Kuala Terengganu 6 Jun ini dan Terengganu perlu menang perlawanan berkenaan.

Pengurusan pasukan Terengganu menganggap kekalahan kepada Kedah itu sebagai peringatan kepada pemain supaya tidak leka dan menggunakan semua peluang yang ada untuk menjaringkan gol.

Malah perlawanan menentang Kelantan itu dianggap paling penting dan hanya kemenangan akan menjamin Terengganu mampu menjulang Piala Liga Super. Tiada tolak ansur atau kompromi mengenai kemenangan itu.

Ketika ini Kelantan kembali merampas kedudukan teratas Liga Super setelah berjaya mengutip tiga mata penuh apabila mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-4, Kota Baharu malam Sabtu.


Dengan berbaki tiga lagi perlawanan, skuad bimbingan M.Karathu kini berkongsi 47 mata bersama Terengganu namun mempunyai kelebihan dari sudut jaringan.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Mohd Badri Radzi seawal minit ke-8.

Terengganu sebaliknya gagal meneruskan rentak kemenangan setelah dikecewakan Kedah 0-1 di hadapan penyokong sendiri pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Badrol Baktiar menjadi wira bagi skuad Hijau Kuning apabila menjaringkan gol pada minit ke-43.

Turut mencatat kemenangan pada malam ini ialah Selangor yang berjaya menumpaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Shah Alam.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah berjaya mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah berjaya mengalahkan T-Team 2-0.

Dua gol Perak dijaringkan oleh Mohd Syazwan Mohd Roslan minit ke-45 dan Shazuan Ashraf (minit ke-87).

Pasukan tercorot, Perlis sekali lagi tumpas 0-1 kepada Felda United pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan tuan rumah gagal mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah tumpas 1-2 kepada Johor FC.

Dua gol bagi pasukan pelawat disumbangkan oleh Azizan Baba pada minit ke-8 dan minit ke-35.
Gol saguhati Kuala Lumpur pula dijaringkan oleh Khairul Anuar Shafie pada minit ke-84

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Harimau Muda A mengalahkan Sabah 2-0. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...