Khamis, 7 Julai 2011

FAS belum tetap jumlah tiket penyokong Malaysia


SUBANG - Peminat yang berhasrat menyaksikan perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Singapura pada 23 Mei ini, terpaksa bersabar kerana Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) belum menetapkan jumlah tiket yang diperuntukkan untuk penyokong Harimau Malaya.

Venue perlawanan itu nanti, Stadium Jalan Besar hanya mampu memuatkan kira-kira 6,000 penonton.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada FAS hasrat berkenaan, tetapi perkara itu masih dalam pertimbangan.



"Saya ada berhubung dengan Setiausaha FAS, Winston Lee namun mereka belum membuat sebarang keputusan berhubung jumlah pembahagian tiket antara penyokong Singapura dan Malaysia.

"Mengikut peraturan, FAS hanya perlu memperuntukkan tempat kepada pegawai dari pasukan pelawat, selain pemain.

"Namun bagi menghormati hubungan baik kedua-dua buah negara, mereka sedia menimbangkan permintaan kita.

"Mungkin mereka boleh memberikan kita sehingga 50 peratus (3,000) daripada jumlah tempat duduk stadium, tetapi saya itu semua bergantung kepada keputusan FAS, " katanya semalam.

Beliau hadir pada majlis menandatangani perjanjian antara MAS dengan ProEvents, yang menyaksikan syarikat penerbangan terulung negara itu menjadi rakan penerbangan rasmi skuad Jelajah Asia Chelsea 2011 di tiga negara Asia di sini, semalam.

Pada majlis itu, MAS diwakili Naib Presiden Eksekutif, Bahagian Strategi Pemasaran, Datuk Dr. Amir Khan sementara ProEvents oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Julian Kam.

Azzuddin juga menasihati para penyokong negara sekiranya gagal mendapat tiket di Singapura, mereka masih berpeluang meluahkan sokongan pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai ini.

"Jika tidak dapat menyaksikan perlawanan di Singapura, saya harap penyokong datang memenuhi Stadium Nasional pada perlawanan kedua nanti," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan MAS, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin dalam ucapannya berkata, ia merupakan kali kedua MAS menjadi rakan penerbangan rasmi Chelsea selepas 2008.

"Malaysia Airlines juga pernah membawa Manchester United pada tahun 2001, 2005 dan 2007 selain beberapa pasukan gergasi lain seperti Barcelona dan Real Madrid," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...