Rabu, 3 Ogos 2011

Nicol Ungguli Ranking Teratas Wispa Selama 61 Bulan

View Image

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David mengekalkan kedudukannya selaku pemain No.1 dunia dalam senarai Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa).
Menurut Wispa dalam laman web rasminya, Nicol mengungguli ranking teratas selama 61 bulan berturut-turut sejak Ogos 2007.


Dalam Jelajah Dunia Wispa tahun ini, beliau meneruskan kejayaannya memenangi tiga daripada lima kejohanan utama iaitu Terbuka Kuala Lumpur CIMB pada 20 Mac, Terbuka Kepulauan Cayman (9 April) dan Terbuka Malaysia CIMB (23 Julai).
Beliau muncul naib juara pada Klasik Wispa Cleveland (2 Feb) dan gagal menjuarai kali kelima berturut-turut Kejohanan Skuasy Wanita Masters Singapura (30 Julai) apabila tewas kepada pemain England, Laura Massaro pada peringkat separuh akhir.
Selepas ini Nicol buat pertama kali akan menyertai Kejohanan Terbuka Australia bermula 9 Ogos. Setakat 1 Ogos, beliau yang akan menyambut hari jadi yang ke-28 pada 26 Ogos ini, mengumpul purata 3,278.750 mata.
Pemain England, Jenny Duncalf mengekalkan tempat kedua Wispa dengan mengumpul 1,737.059 mata sementara pemain Ireland, Madeline Perry di tempat ketiga dengan 1,296.350 mata.
Pemain Malaysia, Low Wee Wern jatuh dua anak tangga untuk berada di kedudukan ke-17.Lain-lain pemain negara, Delia Arnold di kedudukan ke-23, Siti Munirah Jusoh (47), Pushppa Devi (130), Rachael Arnold (155) dan Zulhijjah Azan (184).
Tan Yan Xin dan Vanessa Raj berkongsi kedudukan ke-206 dengan dua lagi pemain, sementara Kuan Choy Lin, Lim Yoke Wah, Nessrine Ariffin, Sue Ann Yong dan berkongsi tangga ke-276.
SENARAI 10 PEMAIN TERATAS DUNIA WISPA:
1. Nicol David (MAS) 3,278.750 mata
2. Jenny Duncalf (ENG) 1,737.059
3. Madeline Perry (IRL) 1,296.350
4. Rachael Grinham (AUS) 1,228.087
5. Laura Massaro (ENG) 1,118.833
6. Kasey Brown (AUS) 1,058.333
7. Omneya Abdel Kawy (EGY) 1,014.875
8. Camille Serme (FRA) 948.026
9. Alison Waters (ENG) 809.063
10. Vanessa Atkinson (NED) 757.167 -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...