Rabu, 11 Januari 2012

Terengganu timbang saman FAM, tarik diri daripada Liga Malaysia


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mahu menyaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan meminta ganti rugi serta mempertimbangkan menarik diri daripada Liga Malaysia berikutan keputusan badan induk sukan bola sepak itu yang tidak membenarkan Terengganu menurunkan dua pemain import dalam Liga Malaysia.
Ahmad berkata, pasukan Terengganu sudah menggajikan dua pemain import berkenaan tetapi disebabkan karenah birokrasi dan pertukaran syarat kelayakan pada saat akhir, FAM menyatakan kedua-dua pemain berkenaan tidak dapat diturunkan untuk bermain dalam Liga Malaysia, sebaliknya hanya layak diturunkan dalam Liga AFC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...