Isnin, 28 Julai 2014

SURUH KAJI BAYARAN VEP, TOL PULAK DINAIKKAN ???

Ahli politik Johor bantah pelaksanaan kadar tol baru di Tambak Johor

Pengumuman Putrajaya menaikkan kadar tol di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor sehingga lebih 400% berkuatkuasa 1 Ogos ini mendapat tentangan hebat daripada ahli politik Johor termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Pulai dari BN Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tindakan kerajaan menaikkan kadar tol itu bakal memberi kesan kepada penduduk Johor yang bekerja di Singapura.


“Saya sendiri tidak faham dengan alasan kenaikan kadar tol berkenaan yang jelas akan membebankan rakyat Johor yang bekerja di Singapura sedangkan, mereka masih terpaksa melalui kesesakan lalu lintas yang teruk setiap hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan kenaikan kadar tol itu juga berlaku dikala kerajaan baru sahaja mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang juga masih tidak dapat diterima sepenuhnya rakyat Malaysia bekerja di Singapura.

“Tiba-tiba, diumumkan pula kenaikan kadar tol di Tambak Johor dan dengan kemudahan infratstruktur di pintu masuk serta keluar CIQ dan Bangunan Sultan Iskandar, BIS yang masih belum mencapai tahap memuaskan, ia tidak memberikan sebarang justifikasi terhadap kenaikan kadar tol berkenaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...