Jumaat, 11 Julai 2014

TAHNIAH DATUK AHMAD RAZIF ASPIRASI RAKYAT DITUNAIKAN ???


KUALA TERENGGANU - Pasar Besar  Payang yang menjadi tarikan pelancong di Terengganu akan dinaik taraf mengikut aspirasi rakyat Terengganu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
    
Beliau berkata kerajaan negeri keputusan menaik taraf pasar itu dipersetujui dalam bengkel khas anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada akhir bulan lepas.

"Pada asasnya, kerajaan negeri bersetuju dengan hasil perbincangan itu yang menolak cadangan pembangunan semula melibatkan pembinaan hotel dan pangsapuri mewah di tapak pasar berkenaan.

"Kita akan mengembalikan nostalgia  pasar itu dengan membina jam besar dan replika perahu payang supaya kekal menjadi warisan bersejarah untuk generasi akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau berkata proses  mereka bentuk dan anggaran kos nilai projek naik taraf pasar itu sedang dilakukan dan kerja membaik pulih beberapa kerosakan terutama di bahagian pasar basah akan disegerakan.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengemukakan cadangan pelan pembangunan semula pasar itu dengan konsep yang lebih canggih dan moden namun mendapat bantahan pelbagai pihak.

Selepas Ahmad Razif menjadi Menteri Besar baharu, beliau mengarahkan MBKT menubuhkan jawatankuasa khas untuk mendapatkan pandangan dan idea pelbagai pihak termasuk Dewan Perniagaan Cina dan pertubuhan bukan kerajaan mengenai cadangan itu.

Hasilnya, bengkel khas itu merumuskan rakyat bersetuju pasar itu dinaik taraf tetapi menolak cadangan pembangunan sebelum ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...