Selasa, 26 Ogos 2014

Aduhai...dah lama perkara ini berlaku di Terengganu

Gambar hiasan


Rekod palsu dapatkan subsidi minyak


KUALA LUMPUR: Pakatan sindiket bersepadu di antara nelayan tempatan dan penguat kuasa disyaki punca rasuah serta penyelewengan berlaku ketika ikan yang didaratkan, direkod secara palsu bagi memperoleh subsidi bahan api.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah, berkata pakatan itu dibentuk untuk menipu sistem pemantauan subsidi dan pengisytiharan ikan yang didaratkan bagi mengaut keuntungan berganda hasil penjualan ikan dan bahan api ke negara asing.

Katanya, maklumat risikan SPRM di beberapa pangkalan pendaratan ikan di Pantai Timur mendapati sebahagian tangkapan ikan negara ini dijual kepada nelayan asing untuk pasaran Singapura, Thailand dan Vietnam.

"Permintaan dan harga yang tinggi ditawarkan pembeli ikan asing menyebabkan ruang dan peluang rasuah berterusan berlaku di lapan peringkat industri perikanan (rujuk grafik).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...