Selasa, 23 September 2014

Pindah kepala kereta api ke Dungun, tapi apa jadi dg Artifak di Bukit Besi ???


Artifak yang berada di sekitar Bukit Besi, hanya tinggal begitu saja. Kenapa tidak diurus atau dibaikpulih untuk bahan sejarah bagi pelancung ???????

KETENGAH tidak mampu untuk menyelia Artifak-Artifak yang terdapat di Bukit Besi.

DUNGUN – Jabatan Muzium Negeri Terengganu akan memindahkan kepala kereta api yang kini berada di Muzium Negeri ke Muzium Daerah Dungun dalam masa terdekat sebagai satu bahan pameran kepada masyarakat setempat.

Timbalan Pengarahnya, Che Muhammad Azmi Ngah berkata, usaha tersebut dilakukan sebagai satu penghormatan kepada Dungun kerana kepala kereta api itu adalah bahan sejarah yang asalnya dibawa dari Bukit Besi, Dungun ke Muzium Negeri.


Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memindahkan artifak sejarah itu sebaik bangunan muzium daerah diwartakan selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan.

“Sebaik Muzium Dungun mempunyai pagar dan terjamin dari segi keselamatannya, kita akan pindahkan kepala kereta api itu ke sini.

“Semoga ia jadi simbol sejarah dan tatapan buat generasi akan datang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun (PSMKD) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, dekat sini, pagi semalam.

Che Muhammad Azmi berkata, pihak jabatan muzium bersedia menerima pelbagai artifak berharga daripada orang ramai untuk dipamerkan di muzium.


Beliau berkata, ia boleh disumbangkan secara percuma atau barangan tersebut boleh dijual kepada pihaknya dengan kadar bayaran yang bersesuaian dengan barangan yang ditawarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...