Ahad, 21 Disember 2014

Peralatan sekolah makin mahal: Peniaga ambil kesempatan


PEMANTAUAN AGENSI PENGUATKUASA berkaitan perlu PEKA dan berterusan dan tak payah lah setiap kali berita heboh diperkatakan di media sosial, baru nak ambil tindakan.

KUALA LUMPUR: Menjelang musim persekolahan nak bermula, ibu bapa paling sibuk membeli-belah kelengkapan sekolah bagi anak-anak. Namun, mereka merungut kerana harga barangan naik mendadak dan peniaga pula bagaikan mengambil kesempatan.

Tinjauan wartawan BH di beberapa pusat beli-belah termasuk di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara selain temubual dengan ibu bapa mendapati harga barangan kelengkapan sekolah meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus sekarang berbanding tahun lalu.


Contohnya, pakaian seragam pelajar sekolah menengah berharga sekitar RM32 sepasang bagi perempuan dan RM26 sepasang bagi lelaki manakala harga purata baju kurung dan kain pelajar perempuan sekitar RM64 sepasang.

Bagi pakaian seragam lelaki pula, harga sehelai seluar pelajar sekolah menengah mencapai RM43.90 sepasang belum termasuk baju kemeja dan kelengkapan lain yang rata-ratanya meningkat sehingga RM2 hingga RM5 sepasang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...