Khamis, 17 Mac 2011

Nizar gila talak: Hamidah

Demikian kata Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang berceramah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini. 

Hamidah berkata, kenyataan Nizar yang mengatakan mengundi Pas adalah wajib syarie sementara mengundi UMNO adalah haram syarie itu, dilihat sebagai sesuatu yang agak keterlaluan. 
Menurutnya, kenyataan berkenaan menggambarkan bahawa Nizar boleh mengeluarkan hukumnya sedangkan cara itu boleh mengelirukan masyarakat. 

“Seolah-olah Mohammad Nizar seorang yang hebat kerana boleh keluar hukum. Segala benda dia nak politikkan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. 

Sementara itu, berhubung isu cetakan kitab Bible dalam Bahasa Melayu, Hamidah berkata, isu itu memerlukan dua parti yang majoritinya umat Islam iaitu Pas dan UMNO duduk semeja dan berbincang mengenainya. 

Bagaimanapun, katanya, kitab itu tidak perlu dicetak dalam Bahasa Melayu kerana tiada sebarang kebaika untuk berbuat demikian. 

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu kaji semula kerana biarpun atas nama 1Malaysia, kita tidak boleh terus menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...