Sabtu, 16 April 2011

Anwar cabut lari dari Sarawak, tinggallah Baru Bian sendirian..!!!

alt

Ketika artikel ini ditulis, penulis diberitahu bahawa Anwar sudah pun meninggalkan Bumi Kenyalang. Dia dikhabarkan meninggalkan Sarawak lewat petang tadi. Tak tahulah ke mana. Ada yang kata dia pulang ke Semenanjung, dan ada pula yang kata Anwar lari ke Amerika Syarikat, malu nak tunjuk muka lagi di Kuala Lumpur.

Ekorang pendedahan Datuk T mengenai skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar beberapa minggu lalu, Anwar sudah cukup derita dan menggelabah mencari alasan demi alasan. Nak dijawab “konspirasi peringkat tertinggi”, sudah banyak kali digunakan jawapan itu. Sudah basi. Nak dijawab fitnah pun susah juga orang nak percaya sebab rupa fizikal serupa sangat.

Itu belum lagi difikir mengenai Omega lagi. Buat masa ini, sesiapa saja yang tanya mengenai video seks itu masih lagi boleh dijawab, lagi pun polis tengah siasat video itu. Tapi bab Omega ini payah sikit. Pantang ditanya. Jika ditanya, melenting saja jawapannya.

Ditambah pula dengan pengakuan Raja Petra Kamruddin (RPK) minggu ini, tentulah menambah derita dihati. RPK ni pun satu. Adakah patut dia buat pengakuan itu ketika Anwar tengah “tawaf” keliling Sarawak. Tak sesuai betul. Apatah lagi sekarang ini adalah saat-saat akhir berkempen untuk Pilihanraya DUN Sarawak. Mana Anwar nak taruk muka?

Akhirnya, mungkin tiada pilihan lain, belum sempat pengundi di Sarawak memangkah kertas undi pertama, Anwar sudah cabut lari dari medan tempur. Dah cabut lari entah ke mana. Mungkin dia tak tahan asakan dari Tuai-Tuai Rumah Panjang di Sarawak. Mungkin dia dah tak tahan diasak soalan demi soalan mengenai video seks, Omega dan pendedahan eksklusif RPK.

Maka tercangak-cangak, terkebil-kebillah Baru Bian keseorangan. Mungkin dia mengharap agar Wan Azizah tidak balik ke Semenanjung lagi. Sekurang-kurangnya nanti, kalau dia kalah pilihanraya, bolehlah dia kongsi airmata dengan Kak Wan. Sekurang-kurangnya Kak Wan tak mungkin akan mengambil kesempatan meliwat dia kerana kalah!

Biar apapun, penulis masih lagi berada di Sarawak, Bumi Kenyalang ini. Suasana negeri ini sudah berubah, tidak lagi sebagaimana penulis mula menjejakkan kaki di sini. Ketika penulis tiba di Kuching sempena “temasya” pilihanraya ini, angin sokongan dilihat begitu condong kepada pembangkang.

Namun setelah masuk hari ketiga, rakyat semakin sedar dengan permainan politik pembangkang yang jijik dan kotor. Lalu mereka kembali memberikan sokongan kepada BN yang begitu konsisten menjelaskan betapa relevannya BN sebagai Kerajaan di Sarawak. Kaum Cina yang dikatakan “berdegil” untuk menyokong pembangkang, turut sama beralih angin, condong ke arah BN.

Esok hari penentuan. Esok hari pengundian yang bakal menentukan Kerajaan Negeri Sarawak. Penulis harap, esok tidak akan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Penulis harap, tidak ada kejadian “peti undi sengaja dihanyutkan ke Batang Rajang atau Batang Lupar” sebagaimana yang didakwa oleh Anwar sebelum ini. Di harap, wakil parti yang menjadi pemerhati akan “melekat” pada peti undi sehingga selesai dikira. Harap tiada sebarang provokasi esok.

Selamat mengundi kepada seluruh rakyat Sarawak yang layak mengundi esok. Pastikan tanda pangkah itu diletakkan di kotak kosong bersebelahan lambang “dacing”. Elakkan diri untuk memangkah di tempat kosong lain selain di kotak tersebut. Jangan sia-siakan undi anda semua kerana kemajuan, keamanan, perpaduan dan kestabilan politik di negeri Sarawak itu bakal diterjemahkan oleh setiap undi yang diberi. Harap BN terus mentadbir Bumi Kenyalang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...