Ahad, 9 Mac 2014

Tiada Petunjuk Tentang Pesawat MH370 Selepas Lebih 24 Jam Hilang


SEPANG, 9 Mac (Bernama) -- Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.



Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat.

MAS meminta semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia mendoakan pesawat MH 370.

"Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir MAS mendengar mengenai MH370 pada 1.30 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memutuskan di mana pesawat Boeing 777-200 berada," mengikut kenyataan yang dikeluarkan, pada 2.02 pagi Ahad.

Kenyataan itu berkata misi mencari dan menyelamat antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Vietnam digerakkan pagi.

"Pada peringkat ini, mereka gagal menemui bukti sebarang bangkai. Misi laut ini akan diteruskan semalaman manakala misi udara akan bermula semula pada waktu siang.

"MAS mendapatkan semua maklumat pada dan bila kami menerimanya. Situasi di Beijing juga dipantau dengan rapi," dalam kenyataan di sini hari ini.

Memadangkan banyak keluarga penumpang berada di China, kenyataan berkata pasukan Go Team berlepas ke Beijing dengan sekumpulan sukarelawan untuk membantu anggota keluarga penumpang.

Menurut kenyataan saudara mara penumpang dinasihatkan supaya berkumpul di Kuala Lumpur, dan urusan serta perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh MAS.

"Apabila kedudukan pesawat dapat ditentukan, Malaysia Airlines akan menerbangkan anggota keluarga penumpang ke lokasi berkenaan.MAS ialah memberikan semua bentuk bantuan kepada keluarga penumpang dan pekerja kami.

"MAS bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat ini," dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan berkata satu sidang berita akan diadakan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Hotel Sama Sama Hotel pada 9 pagi esok.

Anggota keluarga penumpang MH370 boleh menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melayari www.malaysiaairlines.com bagi maklumat terkini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...