Sabtu, 13 September 2014

ANWAR MEMANG BIADAP ???


KUALA LUMPUR – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap biadab (Klik) kerana memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya melalui kenyataan yang disiarkan laman Facebook parti itu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, Anwar sepatutnya hanya mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas menghadap dan memohon ampun kepada baginda.


Menurut beliau, sebagai orang Melayu, Anwar sewajarnya tahu tentang adab dan protokol bagi memohon ampun kepada raja-raja Melayu termasuk Sultan Selangor.

“Lebih dikesali, dalam kenyataan tersebut, Anwar menjelaskan PKR akan menghadap dan memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin seandainya keputusan parti itu mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan amalan sejak 1957 menyebabkan perasaan baginda terguris.

Tidak timbul persoalan seandainya dalam isu ini kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor Isnin lalu menyatakan secara jelas Sultan Selangor menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda supaya setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar yang baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...