Rabu, 10 September 2014

SALAH PENCURI ATAU TUAN EMPUNYA LEMBU ?

Gambar hiasan
Sumbat dua ekor lembu dalam kereta

DUNGUN - Tindakan tiga lelaki membawa dua ekor lembu hidup dalam sebuah kereta membawa padah apabila ditahan polis dekat sini, petang kelmarin.

Perbuatan tersebut berjaya dihidu anggota polis trafik yang melakukan rondaan di lokasi kemalangan maut selepas melihat kereta Proton Wira dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.


Sebaik sampai di laluan tersebut, tiga anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun diketuai Koperal Azmi Salleh yang menaiki pacuan empat roda dari arah Jabor menghala ke Jerangau terserempak dengan kereta dinaiki tiga suspek dari arah bertentangan.

Berikutan itu, polis membuat pusingan U lalu mengekori kereta terbabit sebelum berjaya menahannya di Kilometer 118 Jalan Jerangau-Jabor.

Selepas pemeriksaan dilakukan, tiga lelaki warga tempatan berada dalam kereta terbabit selain dua ekor lembu yang diletakkan di tempat duduk belakang.

Kesemua suspek bersama kereta dinaiki kemudiannya dibawa ke Balai Polis Al Mukhtafi Billah Shah (AMBS) untuk siasatan.

Siasatan awal polis mendapati, lembu tersebut dibeli oleh seorang daripada suspek yang bekerja sebagai peraih lembu untuk dibawa ke Kuantan, Pahang dengan menggunakan kenderaan yang disewa.

Bagaimanapun, suspek gagal menunjukkan permit Jabatan Veterinar untuk membawa binatang tersebut menyebabkan ketiga-tiganya ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang daripada suspek berasal dari Pramu Kuantan, Pahang manakala dua lagi dari AMBS.

Ujian saringan air kencing dilakukan mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methapethamine dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian dan kes tersebut diserahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...