Selasa, 7 Oktober 2014

DS HADI TETAP AKAN DITUMBANGKAN ?


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki memberi peringatan kepada ahli-ahli PAS untuk tetap patuh dengan kepimpinan parti.

Bukan itu sahaja, beliau turut menegur beberapa pihak dalam parti itu yang sering bertindak gopoh dan tidak menghormati keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apatah lagi sebelum ini keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama juga sengaja ‘dilanggari’ semata-mata mahu memenuhi misi politik sesetengah pihak, tambahnya.

“Ada beberapa perkara yang kita tidak tahu, tetapi pemimpin tahu. Beliau tidak boleh menjelaskan secara terbuka kerana ada perkara yang sensitif.

“Kadangkala tidak boleh dijelaskan sampai bila-bila, atau hanya boleh dijelaskan sehinggalah hal itu berlalu. Maka ahli-ahli kena sabar, ini tidak bertindak memburu presiden ketika krisis berlaku.


“Suasana (krisis di Selangor) adalah amali untuk kita pelajari. Iaitu wajib taat kepada pemimpin dan ia bukan teori. Peristiwa yang berlaku ini adalah amali kepada sesiapa yang boleh taatkepada pemimpin (Klik) dalam perkara yang presiden setuju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...