Sabtu, 4 Oktober 2014

Menteri Besar tiada marwah ?


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bukan sahaja menghukum bekas penyandang jawatan yang disandangnya kini, malah turut mensasarkan rakyat Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak apabila membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di kawasan berkenaan, kata Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang Faekah Hussin.

Faekah mendakwa, Azmin secara sengaja meminta bank membekukan akaun SMUE kepada kawasan yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, pada 25 September lalu.

“Nampaknya menteri besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

“YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri,” kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI.

Dalam kenyataannya, Faekah menganggap tindakan itu sebagai “tindakan keras dan politik dendam” kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...