Jumaat, 21 Ogos 2015

RAJA BAHRIN DAHAGAKAN PROJEK

PAS Kuala Terengganu putus semua hubungan dengan Raja Bahrin

KUALA TERENGGANU: PAS Kuala Terengganu telah memutuskan segala bentuk hubungan dengan ahli Parlimennya, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah berikutan pengumuman beliau sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Terengganu.

Keputusan itu dibuat PAS Kuala Terengganu pada mesyuaratnya pada Sabtu.


Dalam kenyataannya, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Mohd Soud @Said Mat Ali, menjelaskan tindakan itu dibuat selepas Kamarul Bahrin mengesahkan beliau menerima jawatan berkenaan yang diumumkan dalam Himpunan GHB di Besut, 31 Julai lalu.

"Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat semalam berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh Khamis antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Kamarul Bahrin," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sumber: KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...