Khamis, 9 Oktober 2014

JPJ PERLU TELUS ?

PAC panggil JPJ berkait tender nombor kenderaan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) tender berkenaan bagi membolehkan rakyat mengetahui kaedah sebenar mengenainya.

Selasa, 7 Oktober 2014

DS HADI TETAP AKAN DITUMBANGKAN ?


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki memberi peringatan kepada ahli-ahli PAS untuk tetap patuh dengan kepimpinan parti.

Bukan itu sahaja, beliau turut menegur beberapa pihak dalam parti itu yang sering bertindak gopoh dan tidak menghormati keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apatah lagi sebelum ini keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama juga sengaja ‘dilanggari’ semata-mata mahu memenuhi misi politik sesetengah pihak, tambahnya.

“Ada beberapa perkara yang kita tidak tahu, tetapi pemimpin tahu. Beliau tidak boleh menjelaskan secara terbuka kerana ada perkara yang sensitif.

“Kadangkala tidak boleh dijelaskan sampai bila-bila, atau hanya boleh dijelaskan sehinggalah hal itu berlalu. Maka ahli-ahli kena sabar, ini tidak bertindak memburu presiden ketika krisis berlaku.


“Suasana (krisis di Selangor) adalah amali untuk kita pelajari. Iaitu wajib taat kepada pemimpin dan ia bukan teori. Peristiwa yang berlaku ini adalah amali kepada sesiapa yang boleh taatkepada pemimpin (Klik) dalam perkara yang presiden setuju.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Menteri Besar tiada marwah ?


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bukan sahaja menghukum bekas penyandang jawatan yang disandangnya kini, malah turut mensasarkan rakyat Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak apabila membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di kawasan berkenaan, kata Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang Faekah Hussin.

Faekah mendakwa, Azmin secara sengaja meminta bank membekukan akaun SMUE kepada kawasan yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, pada 25 September lalu.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Raja Kamarul Bahrin Shah ketagih projek ?


Projek baikpulih Stadium Sultan Mizan dah tak dapat....

Inilah peluang kedua untuknya bagi mendapatkan projek menaik taraf atau membina pasar baru  sebagaimana yang di laung-laungkan oleh Raja Bahrin.

KUALA TERENGGANU (Klik) – Kerajaan negeri dicadang menempatkan peniaga-peniaga pasar Cabang Tiga di tapak asal atau di tapak lain yang lebih baik berikutan rungutan penduduk di sekitar itu mengalami pelbagai masalah ekoran pembinaan pasar baharu itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, hampir 80 penduduk telah menandatangani petisyen sebagai tanda tidak bersetuju dengan pembinaan pasar baharu terbabit dan memohon pihak berkuasa mempertimbangkan perkara itu.

Menurutnya, petisyen tersebut telah pun dihantar kepada Pejabat Menteri Besar pada 10 September lalu namun tiada sebarang jawapan balas diterima setakat ini.

“Salah satu rungutan adalah mengenai tiada laluan masuk yang khusus dan telah menyebabkan kesesakan jalan di sepanjang laluan lorong yang sebahagiannya adalah jalan persendirian.

Khamis, 2 Oktober 2014

KEPALA OTAK JANGAN HIJAU SANGAT ???


Otak kalau memikirkan yang bukan-bukan ia akan membentuk sesuatu yang jahat.

Cuba fikirkan yang positif, ia akan positif.

Pengerusi JKKK jangan jadi Pengerusi Jawatankuasa KUCAR KACIR KAMPONG ???

MARANG – Corak hiasan pada pagar Masjid Kampung Surau Haji Yaacob yang mampu memuatkan 500 jemaah, mendapat perhatian ramai apabila dikatakan mirip lambang bendera Israel.

Pengerusi JKKK Surau Haji Yaacob, Razak Ismail berkata, pihaknya pernah menyuarakan perkara sama kepada konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Maidam.

Diantara komen pembaca mengenai artikel Pengerusi Jawatan Kuasa Kucar Kacir Kampong.



Namun katanya, pihak berkenaan memaklumkan corak pagar masjid itu tidak sama dengan lambang tersebut menyebabkan ia terus dikekalkan sehingga kini.


“Bagaimanapun, bagi mengelak perkara ini terus diperkatakan, tambahan pula pengurusan kampung dan masjid tidak mahu perkara ini menjadi isu, kita mengambil keputusan untuk buang segi pada corak tersebut.

Ahad, 28 September 2014

JANGAN UMPAMA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM ??


KEMAMAN – Tayar kenderaan terbiar yang menakung air dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk antara sampah berjaya dikumpulkan pada Gotong-Royong Gempur Aedes Mega (Klik) di Bukit Kuang anjuran Kemaman Bitumen Company Sdn Bhd (KBC) bersama JKKK.

Seramai 300 penduduk menyertai gotong-royong itu dengan melakukan pembersihan di kawasan rumah masing-masing.

Menariknya, keluarga yang berjaya mengumpulkan sampah terbanyak diberikan hadiah.

Sabtu, 27 September 2014

ANGKARA "MAT KUDA" Kes curi pili bomba menjadi-jadi


KAMPUNG RAJA - Kejadian mencuri komponen pili bomba semakin menjadi-jadi sehingga boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai sekiranya berlaku kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata, kes kecurian komponen pili bomba semakin berleluasa di daerah ini terutama di kawasan Kampung Raja.

Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga semalam, bilangan komponen dan pili bomba yang didapati hilang atau rosak sebanyak 63 unit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...