Selasa, 17 November 2015

SYABAS: Terengganu Kekal Cemerlang UPSR 2015

Terengganu berjaya menterjemahkan prinsip `Memperkasakan Pendidikan’ menerusi  konsep Terengganu Transformasi Baharu (TTB) berikutan berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila 2,558 dari 20,121  calon  meraih keputusan cemerlang 5A pada tahun ini.
Jumlah itu meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada 12.70 peratus, berbanding 12.10 peratus pada tahun lalu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata pencapaian UPSR pada tahun ini menunjukkan keputusan lebih baik berbanding 2014 dari segi kuantiti dan kualiti di mana gred purata negeri pada tahun ini ialah 2.10 berbanding 2.15 pada tahun lepas.

Isnin, 16 November 2015

Chong Wei Lengkapkan Koleksi Juara Super Series

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei akhirnya melengkapkan koleksi juara kejohanan Super Series yang pernah disertainya.

Pemain berusia 33 tahun itu memenangi gelaran Terbuka China buat kali pertama dengan penuh bergaya, mengenepikan pilihan utama dari China, Chen Long 21-15, 21-11 dalam saingan akhir perseorangan lelaki dalam masa 50 minit di Fuzhou, Ahad.

Beliau adalah pemain perseorangan Malaysia ketiga yang pernah meraih kejayaan di China.

Wong Choong Hann muncul juara perseorangan lelaki pada tahun 2002 dan isteri Chong Wei, Wong Mew Choo, meraih gelaran perseorangan wanita pada tahun 2007.

Jumaat, 13 November 2015

SOGOKAN AMALAN PARTI AMANAH NEGARA


Program Jelajah Treler Pakatan Harapan bersama PAN yang dihadiri Presiden Parti Manah Negara Tuan Hj Mohamad sabu di Tumpat, Kelantan kelmarin 11hb November 2015.

Punyalah nak pikat dan pujuk orang ramai datang memberikan sokongan siap disediakan pelbagai juadah dan beri hamper lagi kepada hadirin yang bertuah dan juga cendera hati. Itu pun kekal hambar, suram, sunyi sepi dan dipinggirkan oleh rakyat tempatan.


Lagi mau sembang kencang mau ambil alih Kelantan pada PRU ke-14 nanti????? Kalau begini sambutan berterusan diberikan oleh rakyat terhadap setiap ceramah dan program anjuran AMANAH, rasanya sudah tiba masanya Parti Amanah Negara wujudkan sayap baru dan khas ... SAYAP MAKHLUK HALUS AMANAH. nama ringkasnya HALUS ... khas untuk jin2 dan bunian dan yang seangkatan denganya menjadi ahli ataupun pendokong tetap.

Sabtu, 31 Oktober 2015

KONTREKTOR CAP AYAM PUNCA SILING HOTEL TABUNG HAJI RUNTUH ?


KUALA NERUS – Hotel Tabung Haji dan Pusat Konvensyen, Kuala Terengganu, mengesahkan berlakunya jatuhan siling di kawasan ruang masuk hotel berkenaan akibat hujan lebat dan angin kencang awal pagi semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam itu melibatkan siling berkeluasan 1,500 kaki persegi telah jatuh, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel dan Residence Sdn Bhd, Adly Mohamad dalam satu kenyataan media berkata, selain tidak melibatkan kecederaan kepada kakitangan dan tetamu hotel berkenaan, insiden itu juga tidak membabitkan kerosakan pada harta benda lain.

Jumaat, 21 Ogos 2015

RAJA BAHRIN DAHAGAKAN PROJEK

PAS Kuala Terengganu putus semua hubungan dengan Raja Bahrin

KUALA TERENGGANU: PAS Kuala Terengganu telah memutuskan segala bentuk hubungan dengan ahli Parlimennya, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah berikutan pengumuman beliau sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Terengganu.

Keputusan itu dibuat PAS Kuala Terengganu pada mesyuaratnya pada Sabtu.

Rabu, 22 Julai 2015

Sambutan Aidilfitri terbesar di Eropah

LONDON 18 Julai - Kira-kira 70,000 umat Islam berkumpul menunaikan solat sunat Aidilfitri di Small Heath Park di Birmingham, semalam dalam satu perhimpunan terbesar umat Islam di Eropah bagi menyambut Aidlfitri pada tahun ini.

Sejurus selesai menunaikan solat sunat, kumpulan itu kemudiannya berpecah mengunjungi gerai-gerai makanan dan taman hiburan berhampiran.

Pengurus Masjid Green Lane, Amer Ijaz berkata, persediaan untuk mengadakan majlis besar-besaran itu dirancang sejak enam bulan lalu.

Isnin, 20 Julai 2015

SKMM PERLU BERTINDAK CEPAT


PETALING JAYA: Laman web Sarawak Report telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia boleh menjejaskan kestabilan negara.

Di laman Facebook SKMM berkata,  laman web itu disekat selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai bahawa ia telah memuat naik maklumat tidak berasas.

"Laman web ini telah disekat di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ," jelas SKMM.

Katanya juga, akses akan disekat sehingga siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selesai.

SKMM juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila berkongsi maklumat melalui media sosial, yang boleh menyebabkan kekacauan dan menjejaskan kestabilan negara sekiranya maklumat itu tidak benar.


Laman web Sarawak Report telah menjadi sumber utama dakwaan salah laku mengenai 1MDB , dan telah menerbitkan beberapa cerita mengenai pelaburan kerajaan .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...