Khamis, 24 Mac 2011

TRIO 3 DATUK, UMNO dan PERKASA TIADA KAITAN

Misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.
Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim Thamby di sebuah hotel di sini petang ini.
Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.
Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Shuib telah menjelaskan kepadanya bahawa beliau hanya dijemput oleh Abdul Rahim dan bertindak atas kemahuan sendiri.
“Jika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis eksekutif akan datang, maka kami akan membincangkan. Sebenarnya beliau ada tanya pada saya banyak kali mahu meletakkan jawatan sebagai bendahari (Perkasa),’ kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini ketika ditanya sama ada Perkasa akan mengambil tindakan ke atas Shuib.
Ibrahim menambah untuk berlaku adil kepada Shuib dan Anwar, perkara itu harus disiasat oleh suruhanjaya diraja.
“Anwar telah dituduh tetapi belum ada bukti lagi. Tetapi jika Shuib dan yang lain mendakwa benar, maka mereka harus dihargai kerana mendedahkan kebenaran,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...