Jumaat, 25 Julai 2014

PENYELUDUPAN DIESEL & PETROL MASIH BERLELUASA ???


KENAPA PERKARA SEBEGINI BOLEH BERLAKU,, WALAUPUN TELAH DISERBU BEBERAPA KALI ???

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 12,115 liter diesel, 13,590 liter petrol Ron95 dan 11,010 liter petrol yang telah dicampur methanol bernilai RM50,000 dirampas dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan minyak haram di Chong Nam Estet, Valdor dekat sini hari ini.

Ketua Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Seberang Perai Tengah, Md Nasir Mohamad berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pekerja di gudang itu.

"Ketika serbuan pada 3.30 petang itu, dua pekerja berkenaan dipercayai sedang menunggu pembeli untuk mengambil bekalan bahan bakar yang dikumpul dalam beberapa tangki di premis berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, pihaknya menemui empat unit pam dipercayai diguna untuk memindahkan bahan bakar berkenaan ke dalam lima tangki besar yang setiap satu mampu menampung sehingga 20,000 liter diesel.

"Kami turut menemui tangki fiber berkapasiti 1,000 liter yang dipercayai diguna untuk menyimpan bekalan diesel dibeli daripada anggota sindiket," katanya.

Md Nasir berkata gudang berkenaan pernah diserbu beberapa kali sebelum ini dan kali terakhir pada Disember tahun lepas atas kesalahan sama.

"Kita sedang kesan pemilik gudang berkenaan kerana telah melanggar peraturan iaitu menyimpan petrol Ron95 dan diesel tanpa kebenaran serta gagal menyelenggara buku stok jualan dan belian bahan api berkenaan," katanya.


Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan gudang itu menyimpan bekalan bahan api berkenaan sebelum ia diseludup ke negara jiran melalui anggota sindiketnya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...