Khamis, 11 Disember 2014

Tinggalkan RELA Jika Mahu Kekal Gelaran 'DatuK' tak diiktiraf



KUALA LUMPUR: Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) tidak akan mengiktiraf anugerah datuk dan darjah kebesaran yang diberikan kepada pegawai-pegawainya oleh Lembaga Adat Naning di Melaka atau mana-mana anugerah yang meragukan yang diterima di upacara istiadat di luar negara.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong, yang juga timbalan pesuruhjaya kehormat Rela berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Ketua Pengarah Rela Lukeman Saaid.

Beliau berkata beberapa pegawai Rela telah menerima gelaran datuk dan anugerah lain sambil menambah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini menyatakan bahawa satu jawatankuasa khas akan menyiasat dan menyoal penerima anugerah yang diberikan kepada mereka oleh penghulu Naning itu.

Chong berkata pegawai-pegawai yang telah menerima anugerah ini perlu meninggalkan Rela jika mereka mahu mengekalkan gelaran Datuk yang diberikan.


Pada Mei, satu majlis pengurniaan telah diadakan di Melaka oleh Penghulu Naning, mencetuskan satu kemarahan di seluruh negeri dan Idris memberikan peringatan bahawa anugerah yang diberikan tidak akan diiktiraf.

Beliau berkata anugerah atau gelaran selain daripada yang diberikan oleh Yang di-Pertua Negeri, adalah tidak sah dan tidak diiktiraf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...