Rabu, 16 Julai 2014

GAZA: KEMATIAN MENINGKAT 195, CEDERA 1,42O ORANG DAN SEMAKIN MENINGKAT !!!

Gaza, (Palestin telegraf) - Kematian meningkat dan mencapai 195 orang, manakala yang cedera sehingga kini 1,420 orang, menurut sumber-sumber perubatan.
Tentera Israel lebih daripada 2,000 orang telah dikerah termasuk tentera udara, laut dan darat membuat serangan terhadap beratus-ratus penduduk awam.
Euro - Pertubuhan hak asasi manusia menyatakan bahawa serangan tentera Israel adalah bertujuan untuk menjadikan rumah awam sebagai sasaran dalam pelbagai sejak serangan ke atas Gaza bermula.  
Dalam 7 hari pertama, 1,653 buah rumah telah rosak, 240 daripadanya telah musnah sama sekali. Di samping itu, 25 buah masjid telah rosak, 4 daripadanya telah musnah sama sekali; 6 buah klinik perubatan dan 39 buah sekolah rosak teruk.
Pertubuhan itu juga mengatakan bahawa Israel sengaja menyerang rumah awam dan dianggap sebagai jenayah perang dan juga jumlah hukuman kolektif terhadap keluarga. 
Serangan di rumah keluarga Al-Batsh pada 13 Julai di bandar Gaza adalah pembunuhan keluarga secara beramai-ramai dan sungguh dahsyat,  sejak Israel melancarkan serangan tersebut.  Serangan tersebut mengorbankan 18 anggota keluarga dengan memusnahkan kediaman mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...