Isnin, 14 Julai 2014

SPRM Tahan Dua Anggota Sindiket Jual Pasport Palsu


PUTRAJAYA, 4 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi menahan dua lelaki berumur lingkungan akhir 20-an disyaki terbabit dalam sindiket menjual pasport antarabangsa Malaysia yang mengandungi butiran yang dipalsukan untuk kegunaan warga asing.

Kedua mereka ditahan dalam satu operasi di sekitar  Puchong, Selangor  antara 11 dan 11.30 malam tadi.

Pasukan penyiasat SPRM menahan  seorang daripada individu berkenaan ketika mereka sedang cuba memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan pasport antarabangsa Malaysia untuk kegunaan warga asing.

SPRM turut merampas wang tunai  hampir RM70,000 yang ditemui di tempat kejadian, dipercayai bayaran untuk pasport yang bakal dibekalkan.

Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat SPRM untuk membantu siasatan dan dijangka akan dibebaskan pada hari ini dengan jaminan sejumlah wang tunai oleh penjamin.

Hasil kerjasama antara Jabatan Imigresen Malaysia dan SPRM ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menangani isu sindiket yang menggunakan maklumat warga tempatan untuk tujuan perolehan pasport warga asing.

SPRM mengucapkan terima kasih ke atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Jabaran Imigresen sehingga membawa kepada penangkapan dua individu terbabit.
SPRM juga yakin penangkapan ini akan membuka jalan untuk mengesan dalang sebenar sindiket terbabit.

Sumber: sprmonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...