Khamis, 17 Julai 2014

MASIH ADA LAGI YANG BAHLOL ???


KOTA BHARU - Seorang suri rumah bukan sahaja kerugian RM12,300, malah hadiah sebuah tilam ‘Jade’ yang kononnya bernilai lebih RM55,000 seperti dijanjikan sebuah syarikat jualan langsung yang menjalankan tawaran hadiah kepada pemenang secara percuma lesap begitu sahaja.
    
Taktik terbaharu digunakan ialah dengan teknik 'sentuh dan menang' menyasarkan golongan 30-an sehinggalah warga emas.

Mangsa enggan dikenali berkata, kejadian seminggu lalu ketika dia ke sebuah pasar raya di bandar ini untuk membeli kelengkapan persiapan Aidilfitri dan ketika itu, dia dihampiri dua jurujual,  seorang lelaki dan wanita.

Menurut mangsa, dua kad diserahkan kepadanya dan salah satu kad memaparkan perkataan ‘Thank You’, manakala kad kedua bertulis dia memenangi hadiah dan boleh menuntut di pejabat syarikat terbabit, namun perlu menyentuh kad itu di mesin khas di pejabat syarikat berkenaan untuk menuntut hadiah.

“Saya mulanya ragu-ragu, namun pujukan jurujual yang memberitahu saya tidak perlu membayar apa-apa memandangkan bakal memenangi wang atau paling tidak, hadiah utama sebuah kereta Toyota Camry dan perlu menuntut hadiah dimenangi di pejabat mereka di Jalan Long Yunus, membuatkan saya teruja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...