Isnin, 14 Julai 2014

JKM PERLU PEKA, JANGAN BAGAIKAN PENUKUL DAN PAKU ???


TIDAK SEPATUTNYA PERKARA SEUMPAMA INI MASIH UJUD, JIKA KEPRIHATINAN JKM MELAPORKAN KEPADA PIHAK2 YANG BERTANGGUNGJAWAB, AGAR TINDAKAN YANG LEBIH DRASTIK DAPAT DIAMBIL DENGAN SEBERAPA SEGERA.

JKM ADA SEGALA MAKLUMAT-MAKLUMAT TERSEBUT, KENAPA TIDAK DILAPORKAN ???

KUALA TERENGGANU: Kedaifan seorang warga emas yang hidup sebatang kara di sebuah rumah usang di Kampung Tok Ku mendapat perhatian Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Sabri Alwi Ahad.
Fatimah Ibrahim, 61, mendiami rumah peninggalan ibunya yang hanya menunggu masa untuk rebah ke bumi akibat hampir 80 peratus rumah yang berdinding dan berlantaikan kayu berkenaan dimakan anai-anai.
Sabri Alwi yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu berkata rumah yang didiami Fatimah itu akan dibina semula dan digantikan dengan sebuah rumah baharu di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).


"Insya-Allah, selepas Aidilfitri ini Umno Bahagian Kuala Terengganu bersama-sama penduduk kampung akan bergotong-royong meroboh rumah Mek Nab (Fatimah) yang rumah ini memang sudah rosak teruk akibat dimakan anai-anai.
"Rumah PPRT yang baharu akan kita bina secepat mungkin sebab kita bimbang tentang keselamatan Mek Nab kalau dia terus tinggal di rumah ni," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi warga emas itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...