SEPANG 22 Ogos - Seramai 15 perenang dan krew berlepas ke Dover, United Kingdom malam ini untuk melakukan persediaan terakhir sebelum memulakan Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI 1Malaysia) pada 16 September ini.
Penganjur program itu, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, aktiviti di Dover akan menumpukan kepada ujian ketahanan sejuk dan latihan renang selama enam jam yang akan mengukuhkan lagi stamina perenang.
Latihan ini adalah penting sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran termasuk suhu air sekitar 16 hingga 18 darjah celsius dan arus Selat Inggeris yang deras.