Rabu, 11 Mei 2011

Tempoh Perkhidmatan Ketua Polis Negara Dilanjutkan Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah dilanjutkan selama dua tahun berkuatkuasa pada Selasa setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata lanjutan perkhidmatan tersebut juga dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tempoh pelanjutan kontrak perkhidmatan selama dua tahun ini diharap mampu memberi ruang dan peluang yang mencukupi kepada beliau untuk terus memberikan khidmat bakti yang terbaik dan berkualiti bukan sahaja untuk kepentingan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi juga masyarakat dan negara keseluruhannya," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini pada Selasa.

Selasa, 10 Mei 2011

Penjawat awam perlu sampaikan dasar kerajaan


Penjawat awam perlu menjadi penyampai maklumat berkaitan ilmu dan perubahan yang dilaksanakan kerajaan kepada masyarakat supaya dapat memahami dasar secara lebih mendalam.

Di samping itu, mereka juga mesti berfikiran kritis dan konsuktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Sri Bendahara Raja berkata peranan pantas bertindak dan membuat keputusan itu pula penting kerana tindakan sedemikian akan meningkatkan kitaran wang dalam sistem ekonomi negeri.

Isnin, 9 Mei 2011

UCAPAN YB DATO SERI HISHAMUDDIN BERBAU PERKAUMAN ???


Perhimpunan perwakilan UMNO Marang telahpun selesai dalam suasana yang ceria.  Namun disetiap jiwa perwakilan UMNO Bahagian Marang tetap terpahat serta menyakitkan hati diatas ucapan perasmian yang disuarakan  oleh Naib Presiden UMNO YB Dato’ Seri Hishamuddin.

Sebagai Naib Presiden UMNO tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan yang begitu pedih serta menyentuh disanubari disetiap perwakilan UMNO Bahagian Marang bahawa biarlah DUN Rhu Rendang di pegang oleh PAS, manakala kita (UMNO) perlu mengambil alih pimpinan di BAHAGIAN PARLIMEN saja !!!!.  Adakah ini bentuk nasihat atau semangat yang dikeluarkan oleh seorang pemimpinan yang disanjung ????

PEMANDU TEKSI DAN NURSE


SEORANG Nurse, Ratna menahan teksi. Semasa dalam perjalanan, Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya.

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu?"

Feddy tersenyum malu dan berkata...

"Sebenarnya, saya selalu berfantasi. Maaf ya. Saya sangat ingin mencium seorang Nurse."

"Oh begitu! tak der masalah. Encik boleh mencium saya. Kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik. Tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single," kata Nurse.

Feddy gembira dan berkata; "iya...iya, saya masih single".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...