BAK KATA PEPATAH BAGAIKAN MENCURAH AIR DIDAUN KELADI !!!
Bagai nak rak Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
memperkenalkan dasar Tranformasi Terengganu Baru (TTB) atau Terengganu TerBersih sila tonton video
bersebelahan. KLIK SINI
Nak sedap cerita dengan keprihatinan Datuk Ahmad Razif
sendiri turun padang melihat serta merakamkan gambar dibeberapa kawasan tempat
pembuangan sampah disekitar Kuala Terengganu. Sungguh menjijikkan dan
kekecewaan terbayang dimuka beliau kerana apa yang telah diarahkan kepada MBKT
tidak diperdulikan langsung.
Pada hari ini pula rakaman gambar telah dibuat dibeberapa kawasan
secara rambang mendapati apa yang telah dipersoalkan oleh Menteri Besar Datuk
Ahmad Razif tidak diperdulikan langsung oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Dah masuk hari ke enam, masih berhari raya lagi agaknya.
Pengunjung ataupun anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk berhari
raya begitu terperanjat dengan keadaan sampah sarap yang yang menjijikkan tidak diangkut oleh
pihak MBKT atau Majlis Daerah Tempatan, apa tah lagi pelancung.
Kalau begitu caranya pendekatan yang dibuat oleh mereka ini diatas arahan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif walaupun telah diberi amaran keras selain
disiarkan secara langsung di TV 1 dan akhbar-akhbar tempatan pun tidak diambil peduli atau
"NGANJIN" hamba pun tak tau lah...... !!!!