Sabtu, 30 Ogos 2014

LGE SEMAKIN KURANG AJAR DAN MENCABAR KPN



KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan menangkap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PPS dilihat telah terpesong daripada tujuan sebenar ia ditubuhkan empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Hias tandas dengan Jalur Gemilang


KUALA NERUS – Jika tahun sebelum ini, dia lebih tertumpu menghias motosikal klasiknya dengan pelbagai saiz dan rekaan bendera, namun kali ini Juhari Mat Amin, 63, punyai cara tersendiri bagi menyemarakkan lagi sambutan merdeka.

Mungkin telah kehabisan idea atau lebih tepat ingin mencari kelainan, sempena sambutan kemerdekaan ke-57 kali ini, bekas tentera itu memilih untuk menghiasi tandas awam yang dijaganya di Pantai Teluk Ketapang, di sini, dengan pelbagai saiz Jalur Gemilang.

Menurut Juhari, idea untuk memasang bendera di tempat awam itu terhasil apabila dia ingin memberi lebih kesedaran kepada masyarakat agar turut sama menyemarakkan bulan kemerdekaan.


“Sebelum ini, motosikal saya jadi perhatian ramai kerana saya hiasnya dengan pelbagai bentuk bendera, tapi kali ini saya buat kelainan dengan menghias tandas awam pula.

Khamis, 28 Ogos 2014

LIM GUAN ENG CABAR KETUA POLIS NEGARA ???


Kebodohan LGE semakin menyerlah setelah ketiadaan Karpal.

Beliau menyamakan JKKK dengan PPS ? Punya bodohnya LGE…….

Dia ingat Pulau Pinang tu bapak dia punya……

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) berikutan penubuhan pasukan itu tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima makluman rasmi daripada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

"Sehubungan itu, PDRM menganggap PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

Rabu, 27 Ogos 2014

BUKAN SAJA RAKYAT DITIPU BAHKAN SULTAN JUGA DIPERDAYA ???

PKRParti Kelentong Rakyat, DAP - Dalang Antara Pakatan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan beliau adalah calon tunggal yang dinamakan untuk memegang jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun lalu, berbeza dengan dakwaan yang dibuat PKR dan DAP malam tadi.

"Cerita ini tidak dilaporkan dengan baik. Ada juga keadaan di mana permohonan berasingan dibuat PKR dan PAS pada 2008 dan juga 2013," katanya pada sidang media hari ini.

"Bukan hanya satu nama...ada lebih satu nama yang dicadangkan dari masa ke masa kepada istana," katanya.

Malam tadi, PKR dan DAP berkata, mereka hanya akan menghantar satu nama saja iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dicalonkan sebagai menteri besar walaupun Sultan Selangor menitahkan Pakatan Rakyat menghantar lebih dua nama calon daripada setiap parti.

Ia adalah amalan sebelum ini iaitu pada 2013 apabila Sultan Selangor meminta 4 nama calon menteri besar. – 27 Ogos, 2014.



Selasa, 26 Ogos 2014

Aduhai...dah lama perkara ini berlaku di Terengganu

Gambar hiasan


Rekod palsu dapatkan subsidi minyak


KUALA LUMPUR: Pakatan sindiket bersepadu di antara nelayan tempatan dan penguat kuasa disyaki punca rasuah serta penyelewengan berlaku ketika ikan yang didaratkan, direkod secara palsu bagi memperoleh subsidi bahan api.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah, berkata pakatan itu dibentuk untuk menipu sistem pemantauan subsidi dan pengisytiharan ikan yang didaratkan bagi mengaut keuntungan berganda hasil penjualan ikan dan bahan api ke negara asing.

Katanya, maklumat risikan SPRM di beberapa pangkalan pendaratan ikan di Pantai Timur mendapati sebahagian tangkapan ikan negara ini dijual kepada nelayan asing untuk pasaran Singapura, Thailand dan Vietnam.

"Permintaan dan harga yang tinggi ditawarkan pembeli ikan asing menyebabkan ruang dan peluang rasuah berterusan berlaku di lapan peringkat industri perikanan (rujuk grafik).

Isnin, 25 Ogos 2014

HADI TAK PERLU PENING, ANWAR KAN ADA, SYARAT SOKONG JIJAH KIPAS ???


PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diarahkan membayar saman RM2,000,000 (Klik) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.


Ahad, 24 Ogos 2014

LAKSAMANA (B atau Bodoh) Mohamad Imran mempertikaikan DYMM Yang DiPertuan Agong ???


SHAH ALAM, 23 Ogos (Bernama) -- Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Perak mempersoal tindakan kerajaan menyediakan istiadat penghormatan jenazah untuk menyambut ketibaan 20 mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 semalam.

Laksamana (B) Mohamad Imran Abd Hamid berkata sebaliknya, penghormatan sama tidak diberi kepada anggota tentera yang gugur ketika mempertahankan negara, termasuk dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.

"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17, sedangkan pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR di kongres parti itu di sini hari ini.
Sumber (Klik)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...