KUALA TERENGGANU –
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman menempelak Ahli Parlimen
DAP Segambut, Lim Lip Eng yang mempersoalkan langkah-langkah yang diambil
kerajaan negeri dalam menangani masalah sosial, sambil
menegaskan, Terengganu mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani masalah
itu di negeri ini.
Malah katanya,
pemimpin DAP itu tidak perlu mempertikaikan langkah yang dibuat kerana dia
tiada hak untuk masuk campur dalam hal ehwal negeri ini.
“Itu terpulang
kepada kita, tiada kena mengena dengan dia (Lim Lip Eng), saya hendak jaga
orang Islam sebab sekarang semua bercakap tentang masalah sosial generasi hari
ini.