Sabtu, 12 Julai 2014

Kilang Bihun 'Cap Masjid' sungguh menjijikkan !!!!


Disini ada beberapa gambar yang ingin dikongsikan kepada semua pengguna atau pun peniaga, lihatlah bertapa kotornya kilang pemprosesan bihun yang berjenama atau dikenali 'CAP MASJID' ini. 

Kilang ini dimiliki oleh Syarikat Van Loong Bee Hoon SDN BHD. Saksi juga mendakwa lokasi kilang tersebut terletak di Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Berdekatan dengan pasar borong Selayang.


Beberapa gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial, telah tersebar secara viral. Beberapa keping gambar pemprosesan bihun cap masjid yang cukup meloyakan.

Dapat dilihat bihun tersebut diproses tanpa mengikut prosedur kebersihan yang betul dan persekitaran yang sangat kotor. Keaadaan pekerja yang tidak menggunakan sarung tangan malah ada yang tidak berpakaian.

Jumaat, 11 Julai 2014

TAHNIAH DATUK AHMAD RAZIF ASPIRASI RAKYAT DITUNAIKAN ???


KUALA TERENGGANU - Pasar Besar  Payang yang menjadi tarikan pelancong di Terengganu akan dinaik taraf mengikut aspirasi rakyat Terengganu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
    
Beliau berkata kerajaan negeri keputusan menaik taraf pasar itu dipersetujui dalam bengkel khas anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada akhir bulan lepas.

"Pada asasnya, kerajaan negeri bersetuju dengan hasil perbincangan itu yang menolak cadangan pembangunan semula melibatkan pembinaan hotel dan pangsapuri mewah di tapak pasar berkenaan.

ADA LAGI BANGSA YANG BANGSAT DAN TIDAK BERTAMADUN ???

Gambar hiasan

Kecoh balai polis ‘dikepung’

Ipoh: Akibat tidak berpuas hati dengan satu kes kemalangan maut, dua kumpulan bertindak ‘mengepung’ Balai Polis Kampung Baru Buntong di sini, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata ahli keluarga kedua-dua pihak yang terbabit dalam kemalangan itu, tidak berpuas hati dengan kejadian itu, lalu pergi ke balai polis untuk mendapatkan penjelasan.

Khamis, 10 Julai 2014

RASUAH ADALAH PUNCA PERJUDIAN BERLELUASA ???


RUJUKAN DAN PERLU DIFIKIRKAN: "Ada beberapa pihak yang perlu kita GEGAR atau dikenakan renjatan Letrik bagi membangunkan mereka, bagi menyedarkan mereka bahawa "sedar atau tanpa sedar, jabatan/kementerian kamu menghalalkan judi di seluruh Negara"

1. Pihak bekuasa tempatan seperti DBKL, MPSJ, MPPJ, dan lain-lain sudah tentu mereka ini mempunyai kuasa dalam memberi lesen perniagaan, pasukan pemantau lesen premis sudah tentu menjalankan rondaan berkala bagi pemantauan.

2. Pihak Polis Diraja Malaysia yang seharusnya menjaga kegiatan haram di setiap kawasan, ada kalanya pusat judi haram ini berada tidak sampai 100 meter dari kawasan mereka bertugas.

3.Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia menjaga pemberian lesen Siber kepada syarikat Internet, sekiranya ada memberi lesen, sudah tentu adanya pemantauan, penggunaan Kenalpasti DNS juga amat mudah digunakan bagi megenalpasti premis menjalankan aktiviti Judi, apakah mereka kurang KEPAKARAN? "

Rabu, 9 Julai 2014

Masih ada lagi solat dua imam serentak di masjid

RANTAU PANJANG – Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti semalam.

Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih.

Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam.

Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.

Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.

BERBUKA DAN TARAWIKH MASYARAKAT MUSLIM BEIJING


Masyarakat Cina lebih awal memeluk agama Islam kerana hubungan laluan sutera dengan negara Arab ratusan tahun yang lalu. In fact di China lebih banyak orang Islam dari di Malaysia. 

Mari lihat bagaimana mereka berbuka dan tarawikh di Masjid  Niujie Beijing. Masjid ini pernah kami lawati 5 tahun yang lalu. Sekilas pandang memang tak akan sedar ianya masjid. 


Hanya bulat sabit di atas atap berbentuk tokong menandakan ianya rumah ibadah masyarakat Islam Beijing. 

Cantik masjidnya dengan beberapa papan tanda dalam Bahasa Malaysia kerana kerajaan Malaysia ada menderma untuk baik pulih masjid ini. 

Selasa, 8 Julai 2014

El Nino - CUACA PANAS MELAMPAU ??


Cuaca di Lembah Klang sangat panas sejak beberapa minggu yang lalu. Jerebu juga kembali dan menyesakkan paru-paru. 

Kombinasi cuaca panas dan jerebu mengekibatkan kita semua tak senang duduk dan terpaksa duduk di dalam aircond. 

Isnin, 7 Julai 2014

MB Terengganu dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib selepas merasmikan Kompleks Pejabat FELDA Wilayah Terengganu 

BAJU MELAYU MODEN


Baju kurung moden biasa kita lihat. Kombinasi baju kurung moden dengan rekaan barat juga dah lama wujud. Tetapi rekaan baju melayu kontemporari jarang kita lihat. Baju melayu teluk belanga dan cekak musang cuttingnya tidak banyak berubah. 

Andres Avenue ingin membawa perubahan dengan rekaan baju melayu moden mereka yang you have to agree is different. Hipster and Wak Doyokish. Dunno if this will be accepted atau menjadi bahan ketawa konservatif.


Ahad, 6 Julai 2014

SYABAS DIATAS KEBERANIAN ANDA BERMAIN MERCUN ???

KOTA BAHARU: Seorang pelajar tingkatan dua di Kelantan, putus dua jari tangan kanan apabila mercun jenis botol yang dipasangnya, meletup di tangan.

Dalam kejadian Jumaat lepas di rumahnya di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, Mohd Idham Shafiq Mohd Tahar, 14, yang putus ibu jari dan jari tengah itu dikatakan mangsa pertama akibat bermain mercun di Kelantan. 
AKIBAT DAN PADAHNYA !!!!!!!!

Datuk kepada mangsa, Mohd Rasid Ibrahim, 59, berkata kemalangan berlaku dalam kejadian kira-kira 2 petang selepas solat Jumaat ketika mangsa bermain bersama rakan-rakannya. 

"Memang saya dah nasihatkan dia jangan main mercun tetapi curi-curi main di belakang saya. 
 

WANITA MELAHIRKAN CICAK DITUDUH PENGAMAL ILMU HITAM DI NUSA TENGGARA

Di Indonesia sebuah kampung di Oenunto, Nusa Tenggara Timurgempar apabila seorang wanita dikatakan melahirkan seekor cicak. Debi Nubatonis dilaporkan melahirkan seekora cicak sebesar anak tangan bulan lalu selepas mengandung selama 9 bulan. 

Beliau melahirkan anak cicak ini di ruamh beliau dan kelahiran disambut oleh seorang bidan kampung. Mak bidan terkejut selepas seekor cicak keluar dari rahim Debi Nubatonis dan bukannya seorang bayi. 

Apabila berita tersebar orang kampung mengamuk dan mengancam memukul Debi Nubatonis dan ahli keluarga beliau kerana disyaki pengamal ajaran ilmu hitam. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...