Selasa, 11 November 2014

HANTU KEBAS BERJAYA DIBERKAS

Kuala Lumpur: Setiap kali sujud, dia dengan pantas mencuri beg tangan milik jemaah wanita yang diletakkan di depan saf dan perbuatan itu dilakukannya berulang kali.

Itu aksi seorang pencuri remaja dipercayai berusia belasan tahun yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama, di sini, pada malam Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di ruang solat wanita ketika beberapa jemaah menunaikan solat Maghrib, jam 7.10 malam.

Nazir masjid itu, Abd Karim Md Nor berkata, pihaknya mengambil inisiatif memasang CCTV sejak sebulan lalu berikutan kejadian mencuri yang semakin menjadi-jadi.

"Sebelum ini seorang wanita yang mengajar mengaji di masjid berkenaan turut kehilangan wang tunai serta barang kemas. Duit tabung masjid juga pernah dicuri dan bilik imam juga cuba dipecah masuk.


Ahad, 9 November 2014

Amaran hujan lebat peringkat kuning


KUALA TERENGGANU – Hujan sederhana kadangkala lebat yang berlaku di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka berterusan hingga 9 November ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jam 4.41 petang semalam berkata, ia merupakan amaran hujan lebat peringkat kuning.


Selain itu, kenyataan tersebut turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama ke atas kawasan perairan Terengganu dan Kelantan.

“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu dijangka berterusan hingga Ahad ini (9 November).

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut,” kata kenyataan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...