Selasa, 17 November 2015

SYABAS: Terengganu Kekal Cemerlang UPSR 2015

Terengganu berjaya menterjemahkan prinsip `Memperkasakan Pendidikan’ menerusi  konsep Terengganu Transformasi Baharu (TTB) berikutan berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila 2,558 dari 20,121  calon  meraih keputusan cemerlang 5A pada tahun ini.
Jumlah itu meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada 12.70 peratus, berbanding 12.10 peratus pada tahun lalu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata pencapaian UPSR pada tahun ini menunjukkan keputusan lebih baik berbanding 2014 dari segi kuantiti dan kualiti di mana gred purata negeri pada tahun ini ialah 2.10 berbanding 2.15 pada tahun lepas.

Isnin, 16 November 2015

Chong Wei Lengkapkan Koleksi Juara Super Series

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei akhirnya melengkapkan koleksi juara kejohanan Super Series yang pernah disertainya.

Pemain berusia 33 tahun itu memenangi gelaran Terbuka China buat kali pertama dengan penuh bergaya, mengenepikan pilihan utama dari China, Chen Long 21-15, 21-11 dalam saingan akhir perseorangan lelaki dalam masa 50 minit di Fuzhou, Ahad.

Beliau adalah pemain perseorangan Malaysia ketiga yang pernah meraih kejayaan di China.

Wong Choong Hann muncul juara perseorangan lelaki pada tahun 2002 dan isteri Chong Wei, Wong Mew Choo, meraih gelaran perseorangan wanita pada tahun 2007.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...