KUALA TERENGGANU, 22 Disember: Bahagian
Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu hari ini
mengeluarkan amaran kenaikan air sungai bermula pukul 7.00 malam ini di
sekitar Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Menurut
Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina
Ngah, setakat pukul enam petang, rekod data taburan hujan
menunjukkan bacaan yang sangat lebat di tiga daerah tersebut, terutama di
bahagian pedalaman.
“Terdapat
enam stesen data hujan yang mencatat bacaan sangat lebat melebihi 80
milimeter iaitu Pasir Raja (188 mm) dan Kuala Jengai di Dungun (162
mm); Kuala Ping (118 mm) dan Kampung Sekayu di Hulu Terengganu (84 mm);
Hulu Angga di Besut (87 mm).
