Rabu, 5 November 2014

KENYATAAN ORANG YANG KURANG AKAL ???

APAKAH FUNGSI PARTI ISLAM SE-MALAYSIA ???

KUALA TERENGGANU – Kerajaan didakwa tidak memberi perhatian wajar dalam memartabatkan agama Islam di negara ini apabila tidak mengambil serius terhadap pihak menggunakan Islam tetapi membawa pemikiran terpesong yang bergerak atas nama NGO.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah berkata, perkara itu terbukti apabila pihak yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme berselindung di sebalik NGO yang semakin bertambah dari masa ke masa.

Menurutnya, selain Sisters in Islam (SIS) yang mendapat perhatian ketika ini berikutan tindakan memfailkan semakan kehakiman ke atas fatwa pengharamannya baru-baru ini, banyak lagi NGO lain yang membawa nama Islam namun pemikirannya bertentangan dengan syarak.

“Dari sudut 57 tahun merdeka, ini menampakkan kelemahan kerajaan terhadap kepentingan Islam walaupun di negara ini bebas beragama. Perkara yang tidak sepatutnya ditimbulkan tetapi ditimbulkan.

“Pihak tertentu ketika ini dilihat sewenang-wenangnya membawa misi liberalisme. Tidak kiralah sama ada SIS atau seumpamanya. Mana-mana yang mempertikaikan al-Quran dan hadis adalah sesat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Selasa, 4 November 2014

Haji Ain bawa lari RM2 juta

Shah Alam: Seorang lelaki kini sedang diburu selepas dipercayai memperdaya lebih 20 individu termasuk orang kenamaan dari negeri ini untuk melabur dalam syarikat jualan langsung miliknya membabitkan kerugian lebih RM2 juta sejak dua tahun lalu.
Lelaki berusia 40-an yang dikenali sebagai 'Haji Ain' itu biasanya sering mencari mangsa di sekitar masjid di daerah ini terutama warga emas atau mereka yang baru bersara dengan menunjukkan kertas kerja dan kebijaksanaannya berbicara mengenai perniagaan jualan langsung yang dijalankan.
Malah, lelaki itu juga kini tinggal di kawasan kejiranan mewah dan sukar dimasuki orang yang tidak berkenaan kerana ia dikawal ketat.
Seorang daripada mangsanya, Shima Hussein, 53, berkata, lelaki yang menggunakan kenderaan mewah itu juga kini jarang pulang ke rumahnya selain tidak lagi menjalankan perniagaan di negeri ini kerana menyedari menjadi buruan pelabur.
Menurutnya, dia berasa tertipu selepas dua tahun terbabit dengan perniagaan jualan langsung (MLM) bersama lelaki berkenaan sebelum dipujuk melabur dalam syarikat MLM baru yang ditubuhkan lelaki itu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...