Kita biasa dengar kes-kes
perceraian yang remeh temeh di luar negara. Tetapi di dalam negara kita sendiri
juga ada, dan senarai alasan remeh untuk bercerai ini didedahkan oleh Jabatan
Kehakiman Syariah Selangor.
1. Punggung isteri
menggerutu.
2. Suami tidak
pandai melakukan hubungan seks.
3. Isteri meminta
set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
4. Isteri
mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di
surau.
5. Isteri suka
mengikuti rombongan beramai-ramai.
6. Isteri suka
membasuh baju pada waktu malam.
7. Suami
mencurigai setiap tindakan isteri.
8. Isteri
menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
9. Berbeza fahaman
politik.
10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
11. Gaji suami lebih rendah.
12. Isteri lambat menyediakan makanan.
13. Pasangan bangun tidur lewat.
14. Suami bekerja tidak tentu masa.
15. Anak demam dan tidak sihat.
16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
17. Pasangan terlalu cerewet.
18. Pasangan tidur berdengkur.
19. Pasangan gemar membeli-belah.
20. Suami tangkai jering (kedekut).
21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
22. Berebut rancangan televisyen.
Anda mungkin merasakan
perkara ini melucukan tetapi inilah realiti. Adakalanya mereka memberikan
alasan yang tidak munasabah untuk bercerai. - THEHYPEMEDIA.COM